CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Adil Samakan Gaji Dengan Lepasan SPM, PM Kena Naikkan Gaji Minimum RM2,000 Bagi Lulusan TVET

17-7-2023 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1407| Komen: 14

Jawatankuasa Majlis TVET Negara menggesa negara melaksanakan dasar baharu yang menggariskan gaji minimum RM2,000 sebulan untuk graduan kelulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


“Kalau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) masuk ke bidang industri diberikan gaji minimum RM1,500, dasar majikan seluruh negara juga tetapkan jumlah sama untuk graduan TVET.


FB

“Ini tidak adil buat graduan lepasan TVET, justeru niat saya mahu minta satu sahaja. Perdana Menteri kena beri dasar baru kelulusan keluaran TVET kena gaji minimum RM2,000,” kata Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa-Sesi Bual Bicara Komuniti TVET di Bertam, Kepala Batas, semalam.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kebolehpasaran graduan TVET yang meningkat kepada 92.5 peratus pada tahun ini membuktikan insititusi tersebut bukan peluang pendidikan kedua.

“TVET seharusnya dijadikan keutamaan malah pelajar yang mungkin tidak berprestasi tinggi dalam bidang akademik boleh memilih institusi TVET sebagai platform untuk menyambung pengajian.

“Justeru, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama 10 kementerian lain akan melaksanakan dasar baharu bagi memastikan TVET terus maju bawah pimpinan Kerajaan Madani,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 20-7-2023 09:11 AM
moga usaha wak mendatangkan hasil...
Quote otai_g 20-7-2023 09:14 AM
1.5k start up. Lps setahun silap2 darab 2 or 3. Bergantung pd level skills ko lah.
Quote totokreturn. 20-7-2023 09:20 AM
kalo lepasan SPM pun dah dapat 1.5k

berapa la bayaran yg kena bayar kepada lepasan degree? 2k?
Quote pekanwoohoo 20-7-2023 09:43 AM
SPM nak harga lain, TVET nak lain, Diploma nak lain, Degree nak lain. Mampos majikan bila masuk kerja semua macam sial jugak kualiti kerja.
Quote kucingitam 20-7-2023 10:41 AM
biarlah 1.5k dulu..yg lepasan spm tu bagi 1k..haa biar drg ada rasa nak sambung belajar..
Quote totokreturn. 20-7-2023 10:44 AM
kucingitam replied at 20-7-2023 10:41 AM
biarlah 1.5k dulu..yg lepasan spm tu bagi 1k..haa biar drg ada rasa nak sambung belajar..

kepala hangguk ko bagi 1k je dulu, sekarang ni gaji min dah 1.5k tak kira ko bangla atau ada spm je, lepas tu tambah epf dan perkeso bagai, total2 maunya dekat 1.7k kena bayar
Quote nazurah 20-7-2023 10:48 AM
sekarang jek dah 1.5k untuk semua lower rank position... nanti bergaduh dengan budak diploma uitm yang kerja kerani gaji 2k, lepas itu budak degree umk kursus tourism tp keje kerani pun marah sbb gaji depa pun 2k...

majikan pening ehh...

nak amik pekerja sesuai kelayakan dan pengalaman payah, gajikan budak2 fresh grad yang takde siapa nak hire pun pening... gaji nak besau, kerja tak pandai. kejap2 tanya soalan, dah explain pun tanya... maksudnya?

hakak rasa nak lepuk....
Quote scorpionkiki 20-7-2023 11:12 AM
Edited by scorpionkiki at 20-7-2023 11:13 AM

Suruh bdk2  yang baru habis degree tu ambik  program mystep gaji RM2000...then pelan2 belajaq dlm satu thn dpt pengalaman then blh cari kerja dgn gaji yg double.
Quote hyie 20-7-2023 11:25 AM
yang degree dan master pun ada yang 1.5k je dikkk. Ikut rezeki ngko la dapat apa. Yang penting kerja dengan ikhlas dan konsisten, mesti rasa cukup je duit tu persis air sungai yang sentiasa mengalir dari syurga gaytoh
Quote Kitty_catz 20-7-2023 11:32 AM
apa kata wak aje la hire bebudak tvet ni bagi sorang rm3K

omong2 kosong sesambil sembo2 ailio cam gitu2 meols pun mulehhh
Quote pengecatbintang 20-7-2023 11:39 AM
naik gaji minimum lagi..

so, overhead cost bisnes akan naik lagi..

bisnes akan naikkan harga barang jualan

harga barang naik = inflasi naik
Quote bbi25 3-8-2023 09:46 AM
Leverage: Dagangan forex biasanya melibatkan penggunaan leverage, yang membolehkan pedagang memperoleh posisi yang lebih besar daripada jumlah modal yang sebenar. Walaupun leverage dapat meningkatkan potensi keuntungan, ia juga meningkatkan risiko kerugian yang potensial.
Quote Tinot7 3-8-2023 09:48 AM
Gaji naik, rega brg pun naik..

Quote TeropongThaico 3-8-2023 10:07 AM
Yg lama2 dpt brp pula? Yg aiol tahu, ada majikan skrg bg kerja sbg sub, bayar ikut point item ciput je kaedahnya. Duit minyak jgn harap le dah kategori sub. Kena arak gi sana sini ikut perintah takleh claim. EPF socso potong sendiri bg pihak diri & majikan. Tak tahu le register bawah deols atau sendiri sbb takde sbrg black & white. Camno nak berangan dpt lbh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.974658 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top