Fasha Sandha bersyukur dan teruja apabila anak keduanya iaitu Putri Raysha Jemyma sudah pandai mengaji dan kini menyambung bacaan al-Quran. Biarpun Jemyma agak lambat memulakan membaca al-Quran pada usia 8 tahun, dia tetap berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.
"Syukur Alhamdulillah, Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran pada usia 8 tahun. "Walaupun sedikit terlambat disebabkan pandemik terlalu lama, kami tetap berbangga dengan kejayaan anak-anak semua... slowyly but surely InsyaAllah," katanya di IG. Fasha juga mengucapkan terima kasih buat guru agama yang telah mendidik anaknya sehingga berjaya menyambung bacaan al-Quran. "Terima kasih ustaz dan ustazah kerana membimbing anak kami. Syukur Alhamdulillah. "Simpan gambar untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat barakah dari Allah SWT." Turut kelihatan suaminya Aidil Aziz dan bekas suami iaitu Rizal Ashram atau Jejai turut sama hadir meraikan kejayaan anak mereka.
|
prizadane replied at 18-7-2023 11:51 AM
Kenapa dalam gambar ramai-ramai tu, iols nampak FS cam sesuai dengan jejai ya?
prizadane replied at 18-7-2023 03:51 AM
Kenapa dalam gambar ramai-ramai tu, iols nampak FS cam sesuai dengan jejai ya?
ADVERTISEMENT