CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Celup Badan 7 Kali Dalam Tasik Untuk Rawat Penyakit Mental Mati Lemas

17-7-2023 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 617| Komen: 3

Tiga lelaki lemas selepas tergelincir ketika upacara perubatan alternatif dilakukan di dalam tasik sedalam 10 meter.

Memetik laporan media tempatan dipetik OHBulan, kejadian berlaku di Tasik Kuari, Bogor, Indonesia kira-kira jam 10 malam pada Khamis.



Dok BPBD Bogor

Difahamkan, ketika kejadian, tujuh individu sedang mandi di pinggir tasik tersebut bagi tujuan rawatan berkenaan, namun salah seorang daripada mereka dikenali sebagai David, tergelincir ke tengah tasik.

Dua lagi lelaki turut lemas selepas mencuba untuk menyelamatkan David.

Ketiga-tiga mayat mangsa berusia antara 20 hingga 25 tahun ditemui petugas keesokannya.

Salah seorang ahli keluarga mangsa berkata, mangsa mendapatkan rawatan alternatif kerana dengan harapan mahu sembuh dari penyakit mentalnya.

Difahamkan mangsa diubati seorang ustaz dengan cara menenggelamkan mangsa sebanyak tujuh kali di dalam tasik tersebut.


"Mangsa mandi dan ‘dicelup ‘ tujuh kali. Tetapi mungkin tasik terlalu dalam."

Susulan itu, Ketua Polis Cigudeg, Kompol Wagiman berkata, pihaknya sedang menyiasat kesemua saksi termasuk ustaz tersebut untuk mengenalpasti unsur kecuaian semasa insiden berkenaan berlaku.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 20-7-2023 09:12 AM
rawatan celup2...
Quote airfilterkotor 20-7-2023 10:40 AM
Baca tajuk pun dah boleh agak lokasi negara mana.
Quote chiyoasuka 31-7-2023 02:02 AM
slm tkziah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.095315 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top