CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Bising Suami Kerja Jadi Security Guard "Kalau Tak Kerja Dia Marah, Tak Faham Apa Perempuan Nak"

17-7-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1094| Komen: 10

PETALING JAYA – Seorang lelaki tetap teruskan  bekerja sebagai pengawal keselamatan secara sambilan untuk mencari duit lebih walaupun tidak dilarang oleh isteri.

Di Facebook, lelaki tersebut sudah bekerja sebagai ‘security guard’ selama empat bulan dan boleh menjana RM400 sekiranya bekerja selama lima hari.


Foto: FB

“Kalau isteri bising, saya abaikan sahaja. Susu, lampin pakai buang, makan anak dan keluarga bukannya dia (isteri) beli.

“Kalau dia (isteri) nampak kita tidak bekerja, dia marah. Kalau kita kerja lebih pun dia marah. Saya pun tidak faham apa yang isteri mahukan,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, kerja sebagai pengawal keselamatan lebih mudah berbanding kerja di restoran, stesen minyak, pusat membeli belah, panggung wayang dan sebagainya.

“Tetapi, bila kita tidak melayan ragam manusia, adalah benda ‘lain’ yang perlu diuruskan. Pukul 3, 4 pagi memang keadaan seram dan sunyi. Kawasan pula berkabus apabila saya mulakan rondaan.



“Tetapi, apabila kerja begini, timbul rasa ingin tahu apabila terdengar bunyi pelik-pelik. Saya tidak nafikan, ada rasa teruja untuk pergi tengok dari manakah bunyi tersebut datang,” katanya.

Menurut hantaran sama, lelaki tersebut turut menasihati orang ramai agar berusaha untuk mendapatkan wang lebih asalkan kerja yang dilakukan halal.

“Apabila kita rasa tidak cukup duit, itu maksudnya kita perlu gandakan usaha.

“Kalau jadi ‘security guard’ sambilan, waktu kerja adalah seminggu sekali, dari pukul 7 malam hingga 7 pagi,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-7-2023 02:09 PM
ceraikan jela bini ko tu nyah
Quote vespa_oren 17-7-2023 02:55 PM
aku pun buat kerja part time buat claim jaga peperiksaan, kursus, etc tu pun ada buat lupa2 bayar, buat xthu pun ada tu aku anggap jer sedekah jelah
Quote tungkai 17-7-2023 02:58 PM
Ko suruh plak bini ko keje..
Quote tepisket.. 17-7-2023 04:08 PM
Ok la tu bkn biawak. Kdg2 bini tu komplen sbb risau kesihatan dan keselamatan lakinya... Dah kalau kerja back to back bila masa nak rehat, layan anak, mkn bawak jenjalan. Tp nak wat cane da kos hidup makin tinggi. Kena la ikhtiar.
Quote rosedemon 18-7-2023 08:42 AM
tepisket..: Ok la tu bkn biawak. Kdg2 bini tu komplen sbb risau kesihatan dan keselamatan lakinya... Dah kalau kerja back to back bila masa nak rehat, layan anak, ...


betol.stuju sangat
Quote bulalof 18-7-2023 08:47 AM
siapa yg mampu faham wanita?
Quote ResellerMaxis 18-7-2023 08:50 AM
vespa_oren replied at 17-7-2023 02:55 PM
aku pun buat kerja part time buat claim jaga peperiksaan, kursus, etc tu pun ada buat lupa2 bayar, b ...

Hang cikgu ke?
Quote mdhelmi 18-7-2023 11:12 AM
buat je kerja apa2 asalkan kerja halal
janji jangan i love u kat bini orang
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:46 AM
bgsla suami dia.. snggup buat kerja partime.. xdinafikan skg kehidupan smkin keras..
Quote edayildiz 31-7-2023 12:50 AM
ko cari jela skendel bang

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036966 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top