CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Kebulur Jantan, Dapat Suami Baharu Tergamak Nak Buang Anak Umur 11 Tahun- Alasannya Sebab Anak Tak Nak Duduk Serumah Dengan Bapa Tiri

17-7-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2043| Komen: 24

PETALING JAYA – Dah dapat suami baharu, seorang ibu tergamak ‘membuang’ anak perempuannya yang berusia 11 tahun kerana tidak mahu menjaganya.

Bukan itu sahaja, suami yang dikahwini tidak sampai setahun tidak mahu kanak-kanak tersebut selain mendakwa anak itu bermasalah.


Perkara itu diceritakan oleh seorang lelaki pada Facebook Herman Sudil yang merupakan salah seorang pengurus sebuah Pertubuhan Kebajikan TBQ Amal di Johor.


Foto: Kosmo

“Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baharu yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapa tiri kata anak ini ‘masalah’.

“Tolonglah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah. Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapa tiri dia.


“Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapa tiri. Kalau lari rumah, tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita, bukan lepak dengan kawan,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Herman mempersoalkan si ibu sama ada tidak boleh berfikir berkemungkinan terdapat sesuatu yang menyebabkan anaknya tidak mahu tinggal serumah dengan bapa tiri tanpa kehadiran emak.

“Ini bapa tiri kedua. Sebelum ini bapa tiri yang lain okay saja, dia tak buat masalah. Tolonglah jadi orang tua pertahankan anak.

“Jangan pandai buat anak, tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin saja, tetapi bodoh nak pertahankan anak.

“Pengurus wanita kami tengah selesaikan di balai polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal. Emak dia rela hati tandatangan apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia,” katanya seperti nada kesal.

Herman berkata, beliau tidak faham dengan perangai ibu-ibu yang bertindak sedemikian.

“Minta maaf kalau ‘posting’ ini kali kasar sedikit, tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang bodoh. Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insya-Allah tak akan miskin kita bila jaga anak ini,” katanya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 17-7-2023 12:14 PM
hujung2 anak ni dicop derhaka sbb tinggal mak tepi jalan. pastu netizen kecam budak ni.. siap soh maafkan semuanya..

yg mak dia, xsyg ke anak dia? anak yg dia dodoi.. dia manja2.. dia peluk cium setiap malam.. smpai sanggup p buang je anak mcm tu
Quote noor2 17-7-2023 12:17 PM
Sedih betul tgk mak2 mcm ni....jijik...
Quote stingerpressor 17-7-2023 12:20 PM
noor2 replied at 17-7-2023 12:17 PM
Sedih betul tgk mak2 mcm ni....jijik...

P.S ada potensi jadi mak macam ini ko ghaser?

Quote noor2 17-7-2023 12:35 PM
stingerpressor replied at 17-7-2023 12:20 PM
P.S ada potensi jadi mak macam ini ko ghaser?

Tak kut...nampak dia syg anak2 dia..cuma dia meroyan kuat sebelum ni..hehe
Quote Friska 17-7-2023 12:40 PM
Suami baru orang Bangladesh, apa Indonesia atau Nepal?

Teganya sang ibu
Quote zehra2 17-7-2023 12:42 PM
elok lah tu. kang budak tu kena usik. baru nk nyesal.
Quote Friska 17-7-2023 12:46 PM
Edited by Friska at 17-7-2023 03:55 PM

[fbp]https://www.facebook.com/herman.sudil/posts/6913289885350291[/fbp]

Oooo udah 4 kali nikah ternyata...

Komentar diFB


Quote stingerpressor 17-7-2023 12:55 PM
noor2 replied at 17-7-2023 12:35 PM
Tak kut...nampak dia syg anak2 dia..cuma dia meroyan kuat sebelum ni..hehe

Belum dapat batang....bila dah dapat batang?...ko ghaser?.terutama bila dia sedar mantan mertua anytime boleh ditumpangkheun anak2nyer kalo anak2nyer takmo ikut bakal pak tiri kheunz? Setakat batang jantanz for convenience ler...apa masalah?

4 tahun tak berbatang...ko ghaser?

Quote Cassieopeia 17-7-2023 01:03 PM
tolong jgn beranak lepas ni nti dibuang lg anaknya bile laki tu xnk anak
Quote KamikuP 17-7-2023 03:04 PM
Mungkin mak ni masa kecik sunat tak habis
Quote manehnya 17-7-2023 03:28 PM
maknya sayang batang.. x kesian kt anak sndiri, lebih syg kan yg dlm seluar

byk dah kes mcm ni... x amik teladan.. aku mmg x boleh kalau dengar budak2 kena naya.. sedeh!!
Quote sarahmirza 17-7-2023 03:34 PM
Bapak budak ni dah mati ke?
Ikutkan akta keluarga, mak boleh hilang hak hadanah (jagaan) bila berkahwin lain.
Tapi dalam kes inj, bapak budak ini aka wali mana?
Kenapa kecam maknya semata?

Bukan i sokong perbuatan mak ini TAPI masyarakt Islam sangat tenat dengan kefahaman tanggungjawab dan maruah keluarga. Segalanya jatuh di bahu isteri/mak, manakala si bapa/keluarga bapa (wali) seolah sempurna...
Quote B40tastePosh 17-7-2023 03:37 PM
Nanti dah tua, cari anak balik. Sebab masa tu nafsu dah menurun, kulit dah kedut, lutut dah bergoyang.

Quote melekaifc 17-7-2023 03:41 PM
patut budak ni kene duduk ngan bapak. dah umo 11 tahun kot. buatnye dapat pak tiri jenis batang sentiasa kajong je tak ke kes lain pulak yang jadi. ummah joho ngan melaka ni lain maciam skit skang ni.
Quote prettyuglybabe 17-7-2023 03:45 PM
anak leluhur ke ni..
Quote Skuau 17-7-2023 03:50 PM
prettyuglybabe replied at 17-7-2023 03:45 PM
anak leluhur ke ni..


......taktikal & strategi  'projek IC Laoshi'...jugok ke???
Quote pittjie 17-7-2023 04:20 PM
zehra2 replied at 17-7-2023 12:42 PM
elok lah tu. kang budak tu kena usik. baru nk nyesal.

ko rasa mak jenis gini ada rasanya nye ke kalau apa2 jadi kat anak. dia lagi takut hilang suami kut. ni pun dia tak kisah hantar anak kat rumah kebajikan. jijik betul mak cam ni. kalau adik beradik aku la perempuan ni mmg aku ganyang2 dia sampai lumat. ee geram

Quote LoveSungmin 17-7-2023 04:54 PM
demi sesuap b***ng
Quote cik_ingeniare 17-7-2023 05:01 PM
kesiannya budak ni.. moga ada sinar yg terbaik buat dia.. belajar rajin rajin dik & fly high

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053955 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top