CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ketakutan Lelaki Warga Asing Asyik Tertoleh Ke Belakang, Ditenung Dalam Bas

17-7-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 634| Komen: 5

Bukan sahaja tidak tenang, malah seorang wanita cemas apabila diganggu lelaki warga asing semasa menaiki bas menuju ke Terengganu.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok Blueberrysheeshcakeee, lelaki tersebut berkelakuan kurang sopan dengan memandang ke arahnya berulang kali.



TikTok

“Masa naik bas dah perasan seorang mamat ini dia duduk pandang-pandang bukan biasa tapi ‘creepy’ (menyeramkan). Dia dah banyak kali pandang masa saya main telefon.

“Bayangkanlah dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Mentakab 10 hingga 15 minit sekali dia akan toleh belakang pandang lepas itu senyum-senyum. Kau rasa Shila?,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Bimbang perkara tersebut bertambah serius, wanita tersebut bertindak bijak apabila segera merakam perbuatan individu terbabit.

“Mana tahu boleh jadi bukti bila orang tak percaya saya cakap atau rasa saya cuma mengada dan perasan,” ujarnya.


Bagaimanapun, menurut wanita berkenaan, perkara tersebut telah diadukan kepada pemandu bas terbabit.



“Saya dah lapor dekat pemandu bas ini dan dia suruh tukar tempat duduk dan saya pun dah selamat sampai rumah,” ujarnya.

Tambahnya, dia menasihati wanita di luar sana supaya peka dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 17-7-2023 11:19 AM
wanita perlu salahkan wanita lain kerana berseksi dlm sosmed

Quote miz_ayu 17-7-2023 01:24 PM
pernah kena macam ni tapi dalam public bas masa baru balik dari kelas sekitar 16 - 17 tahun lepas zaman naik bas still ade konduktor bas tu and standard bas dulu2.

still ingat lagi mamat ni kepala botak,and muka tak lekang dari senyum, kejap2 pusing senyum ( tak penat agaknya pipi die ) and bukan orang kampung pun memang tak pernah nampak.

masa tu dari melaka sentral ke area rumah
memula perasan masa die naik bas memang die direct pandang and senyum2.
i still buat dont know but still jeling2 la kan.dah lama tu dari seat depan dekat dengan driver tu die pindah seat belakang i. i rileks lagi coz dah nak sampai area rumah.
then sampai je boleh pulak die ni turun sekali and i memang tak fikir ape2 pun...still husnuzon.

dekat simpang masuk kg i ade kedai runcit. memang rutin mseti singgah kedai runcit tu beli jajan buat bekal coz dari situ nak ke rumah i jarak dalam 1.5km, so i memang suka jalan kaki. keluar je dari kedai nampak die nak masuk so i buat tak tau je then terus jalan kaki nak balik rumah. dalam 5 minit jalan tu baru perasan yang die ni dok ngikut i dari belakang. memula rileks lagi then 2 3 kali pusing die still follow then siap dengan muka senyum2 die tu terus i jalan laju2 kebetulan rumah pak cik i area situ terus la i lari masuk rumah pak cik i tu. yang die ni bole berdiri je dekat tepi jalan tu macam tunggu jek i dekat situ.lama macam tu agaknya die ingat i dah sampai rumah i terus la die blah.
i pun call la adik i minta jemput i dekat rumah pakcik i tu..of course la adik i pelik tetibe je i dekat rumah pakcik i kan so i cerita la dekat adik i...kiteorang pegi la tengok kot2 die ade lagi area situ and yess die ade dekat kedai tu duduk je macam lost..lantak ke dia, i terus la balik rumah
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:16 AM
ladies kena lebih berhati2 skg… makin byk org2 yg jahat d luar sna
Quote antikorok 31-7-2023 12:22 AM
Nampak macam puak2 leluhur Priskiess.
Mohon Priskiess ganyang jantan puak2 sendirik daripada mengganggu wanita tanah ayer... Ooops, lupa. Dia sendirik pong dasar pengganggu rumah tangga org sini.
Quote Rogue98 31-7-2023 12:23 AM
Kalau yg pandang tu..hensem..kaya...drive luxury car sure takde sape nak komplen kan...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045440 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top