CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 2,000 Penduduk Di Tiga Kawasan Bakal Merempat Lepas Dihalau

17-7-2023 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 391| Komen: 1

Kira-kira 300 penduduk di Pangsapuri Tanjung Aru manakala lebih 2,000 penduduk di perumahan pekerja Sabah Forest Industries (SFI), Sipitang dan terbaharu penduduk Taman Puri Warisan, Inanam diarah berpindah.


Arahan keluar berpindah yang tidak diselangi dengan penempatan baharu akan mengakibatkan penduduk di tiga kawasan berkenaan hidup merempat.


Shafie berkesempatan melawat Rumah Pangsa Tanjung Aru kelmarin

Justeru, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mempertikaikan kerajaan negeri yang mengeluarkan arahan itu tanpa sebarang langkah alternatif.

“Kerajaan tidak boleh hanya mengeluarkan notis berpindah, kita tidak mahu penduduk terlibat me­rempat.

“Adakah kerajaan negeri ter­desak menghalau mereka? Sepatutnya kita lebih berperi­ke­manusiaan,” katanya.

Jelasnya, penempatan yang sudah berusia 30 tahun seharusnya mempunyai cara penyelesaian yang baik dan bukan sekadar keluar notis berpindah.


Ahli Parlimen Semporna itu berkata, arahan berpindah kepada penghuni rumah pangsa itu perlu diselesaikan dengan cara yang baik.

Jelas beliau, dari pandangan mata kasar sebagai seorang bekas Menteri Perumahan di Persekutuan, keadaan bangunan di Pangsapuri Tanjung Aru tidak begitu bahaya dan masih selamat untuk dihuni.


Loading FB Post...

“Keadaan di sini bukan daif sangat untuk mereka berpindah segera. Mereka masih boleh tinggal di sini namun, perlu pembaikan dan penyelenggaraan dilakukan. Malah, penghuni di sini juga masih membayar sewa kepada kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB),” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:08 AM
“Adakah kerajaan negeri ter­desak menghalau mereka? Sepatutnya kita lebih berperi­ke­manusiaan,” katanya.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043891 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top