CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Maut Dalam Treler, Dihempap Kepingan Kaca Seberat 3 Tan

17-7-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 426| Komen: 3

Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan ngeri di Cherng Talay, Phuket pada Jumaat apabila dihempap ​​kepingan kaca dan bingkai seberat 3 tan yang dibawanya.

Pegawai polis tempatan, Leftenan Kolonel Warawut Sensob dari Balai Polis Cherng Talay mengesahkan menerima maklumat mengenai kemalangan ngeri itu pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan). 



Chitjit Puengboon dihempap oleh kepingan bersama bingkai kaca di belakang kenderaannya sendiri di Cherng Talay, Phuket, kelmarin. - Foto The Phuket News

Dia mendapati treler tersebut berada di hadapan sebuah gudang besar yang sedang menjalani pembinaan semula.

Mangsa dikenali sebagai Chitjit Puengboon, 44, yang berasal dari wilayah Nakhon Phanom. 

Mayatnya ditemui di dalam treler di bawah kepingan kaca yang sangat besar dan setebal beberapa sentimeter.

Melalui bantuan kren di lokasi, kepingan kaca itu diangkat sekali gus membolehkan anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Thalang.


Kulchira Phumprathum, 40, yang merupakan pembantu ketua kampung Moo 6 memberitahu bahawa kemungkinan Chitjit berada di bahagian belakang treler ketika kepingan kaca itu dinaikkan.  


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 20-7-2023 09:14 AM
nanti muncul la cerita kontena berhantu...
Quote venom1 20-7-2023 09:48 AM
ngeri mendengarnya apatah lagi lihat depan mata
Quote sangbara2020 20-7-2023 10:43 AM
cmne la keadaan mangsa kan..penyet habis ke

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.082431 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top