CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Kali Lafaz, Akhirnya Bekas Mak Nyah Selamat Nikah Dengan Bekas Pengkid "Malu Untuk Tidur Bersama Sebab Ini Pertama Kali Tidur Dengan Wanita" ...

17-7-2023 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4876| Komen: 46

Pasangan mak nyah dan pengkid akhirnya dah selamat bernikah!

Adam, 40, dan pasangannya Nurazearah Fateha, 22, selamat diijabkabulkan pada Sabtu, 15 Julai dalam majlis penuh istimewa di Ulu Remis di Kluang, Johor.




Adam atau mesra dikenali sebagai Danny berkata dia dan Nurazearah sah bergelar suami isteri dengan lima kali lafaz gara-gara gementar.

Danny menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin emas kepada Nurazearah atau Yan namun wang hantaran dirahsiakan.

Foto: mStar

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah di rumah pengantin perempuan terletak di Kampung Layang Layang.

Bercerita tentang hari bahagianya itu, Danny berkata pada majlis itu dia turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

“Sepatutnya segala urusan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan. Tapi saya dan Yan baru je kenal lima hari terus nak kahwin, jadi masa memang singkat.


“Tapi saya bersyukur setelah lebih kurang sebulan setengah berkenalan dan melakukan persiapan, kami berdua akhirnya disatukan juga.

"Saya dan Yan sangat lega dengan ketentuan Allah ini apabila majlis perkahwinan berlangsung dengan baik,”katany kepada mStar.

Foto: mStar

Ujar Danny lagi, gara-gara terlalu terburu-buru mengumumkan di media sosial untuk berkahwin, dia dan isteri terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan halangan.

Antaranya ialah tohmahan yang mendakwa rancangan perkahwinan antara dia sebagai bekas mak nyah dan Yan seorang pengkid ini hanyalah sekadar content media sosial semata-mata.

“Kedua-dua belah keluarga sebelum ini memang terkejut besar apabila kami beritahu nak berkahwin.

“Walaupun pada mulanya saya sendiri tak pasti, tapi semua itu rahsia Allah. Siapa sangka selama ni memang saya tak ada niat nak kahwin tapi Allah jentik hati supaya memiliki kehidupan lebih sempurna dengan alam berumah tangga.

“Bagi kami berdua sebenarnya keputusan untuk disatukan ini sudah cukup menunjukkan cinta sejati kami yang sebenar dan bukan sekadar content,” katanya.


Foto: mStar

Bercerita lanjut tentang fasa baharu dalam hidupnya, Danny berkata dia dan isteri masing-masing masih sedang membiasakan diri.

Cerita Danny, dia bersyukur apabila kini dia boleh solat berjemaah bersama-sama dengan Yan setelah sah bergelar isteri.

Mengulas lanjut mengenai nafsunya sebelum ini yang lebih cenderung meminati lelaki, anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu berharap perkahwinannya menjadi bukti mengenai keinginannya untuk berubah menjadi lebih baik.

“Kami menginginkan satu kehidupan normal sebagai suami isteri. Saya kini menjadi seorang yang lebih kepada lelaki dan Yan pun sama... banyak berubah menjadi lebih wanita.

"Jadi saya tak faham juga macam mana boleh timbulnya tuduhan mengatakan saya cuba buat publisiti murahan sedangkan saya bukan berniaga online yang kena buat marketing. Saya kongsikan kehidupan saja.

“Sejujurnya memang rasa malu untuk tidur bersama sebab ini pertama kali tidur dengan wanita yang saya cintai. Tapi saya rasa selesa dengan Yan... orang yang berkahwin akan fahamlah,” ujar Danny lagi.

Ketika ditanya mengenai rancangan untuk berbulan madunya, Danny dan Yan memilih Pulau Perhentian di Terengganu sebagai destinasi bercuti pada 18 Julai nanti.

Selain itu kata Danny dia akan berusaha lebih keras lagi untuk bekerja memandangkan komitmen kehidupannya kini sudah bertambah setelah berkahwin.

Sebagaimana impian pasangan lain, dia juga merancang untuk memiliki cahaya mata kelak bersama Yan.

“Setiap pasangan mengimpikan cahaya mata setelah berkahwin. Itulah tanda cinta mereka setelah berumah tangga. Setakat ini kami masih merancang.

“Cuma rezeki tu bergantung pada masa. Orang kata... kalau Allah nak ‘bagi’ awal, maka awallah kami dapat menimang cahaya mata. Kalau lambat pun saya terima saja, tak kisah.

“Memang kami nak anak bersama dan setakat ini perancangan kami ingin memiliki seorang cahaya mata saja memandangkan ekonomi merosot sekarang. Tapi kita tak tahu kan seandainya Allah nak bagi rezeki lebih kami terima,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 17-7-2023 10:30 AM
Yg gamba pakai cermin mata tu mcm sajat
Quote shi_jewel 17-7-2023 10:36 AM
at least hesheol sedar akan jantina diri. harap lgbtqxyz berkahwin sesama sendiri dlm grup diorang dan kahwin berlainan jantina lepas ni, maka terhapusla lgbtqxyz secara perlahan lahan di dunia nan fana ni.
Quote Supersirap 17-7-2023 10:40 AM
Tajuknya sangat menghiburkan
Quote kepompong 17-7-2023 10:43 AM
mudanya pengantin pompuan. tapi gaya hidup macam berduit
Quote tumpanglalu74 17-7-2023 10:44 AM
Dia tak dapat tekel si Angah ni..  Lagi kiut.

[tiktok]7163616797994831130[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@hell0angah0.2/video/7163616797994831130

Quote OyaTonggek 17-7-2023 10:48 AM
semoga gaya bersenggama mengikut syariat islam..bkn syarikat lgbtuvwxyz
Quote lifeline 17-7-2023 10:50 AM
OyaTonggek replied at 17-7-2023 10:48 AM
semoga gaya bersenggama mengikut syariat islam..bkn syarikat lgbtuvwxyz

hahahhahahahahahah kelakar tapi tu moga moga yg betul ye tidak susah nk dpt anak
Quote mamajawie 17-7-2023 10:53 AM
Edited by mamajawie at 17-7-2023 11:00 AM
tumpanglalu74 replied at 17-7-2023 10:44 AM
Dia tak dapat tekel si Angah ni..  Lagi kiut.

ok angah ni pompuan rupanya..jadi dedua herlok tapi tu la pompuan rambut karat yg berdua dengan dia tu pondan ke?lain maciam muka..
Quote mamajawie 17-7-2023 10:55 AM
lifeline replied at 17-7-2023 10:50 AM
hahahhahahahahahah kelakar tapi tu moga moga yg betul ye tidak susah nk dpt anak :lol ...

selagi x potong punai boleh la si adam ni shoot..tapi risau inject kat lab je..ehehhee

Quote mamajawie 17-7-2023 10:57 AM
btw tahniah chuollss..at least dpat membaiki keturunan pompuan tu sbab muka ternyata jawa pekat..
Quote che-cikL 17-7-2023 10:59 AM
Alhamdulillah...
Quote shernazz 17-7-2023 11:02 AM
Bak Kata duda
Kang Haus temgah2 Malam masing2 tunggu Masing2 Buka langkah
Quote cap_ayam 17-7-2023 11:03 AM
Alhamdulillah tahniah semoga bahagia selalu jangan gaduh2
Quote syamzana 17-7-2023 11:07 AM
Alhamdulillah...tahniah,moga ke akhir hayat.
kalau i stress dpt laki lagi lawa dari iols
Quote Prickford 17-7-2023 11:12 AM
Serious la lelaki tu umur 40??
Quote edayildiz 17-7-2023 11:16 AM
mcm muka safiey..ok tak tu ek
tomboy tua kt ofis i ni bila nk kawen ntah..bingit bethol la
Quote DyBBora2 17-7-2023 11:29 AM
Life begins at 40 kekdahnya... semoga berbahagi selamanya..
Quote scorpionkiki 17-7-2023 11:37 AM
I seriously harap mereka berdua bahagia bersama hingga ke jannah
Quote Pajeri_Nenas 17-7-2023 11:51 AM
Hahahaha
. Xmungkin berubah

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067995 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top