CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Markas Pemburu Haram Kena Serbu, Pelbagai Bahagian Haiwan Terancam Ditemui

17-7-2023 09:57 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 424| Komen: 5

Kuala Lumpur: Menjadikan rumah kongsi pekerja asing sebagai 'markas' pemburu haram mengumpulkan hasil jerat membabitkan pelbagai haiwan liar dilindungi.

Malah, kediaman terletak di Lenggong, Perak itu, dipercayai dijadikan lokasi melapah haiwan ditangkap membabitkan kambing gurun dan harimau kumbang.


ANTARA bahagian hidupan liar yang dirampas pihak Perhilitan susulan serbuan dilakukan terhadap sebuah rumah kongsi.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu berjaya ditumpaskan hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Utara membabitkan kerjasama pegawai Perhilitan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Menurutnya, siasatan berhubung jenayah hidupan liar dilakukan terhadap sebuah kediaman rumah kongsi di Kampung Beng, Lenggong, Perak pada jam 7.30 pagi kelmarin.


"Seramai 17 penghuni di rumah kongsi itu disoal siasat membabitkan seorang lelaki tempatan, empat warga Myanmar dan 12 warga Indonesia. Hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui beberapa bahagian hidupan liar dan jerat yang disimpan secara haram oleh penghuninya," katanya.

Menurutnya, antara ditemui adalah kaki Kambing Gurun, ekor harimau kumbang, tengkorak hidupan liar dan berpuluh duri landak raya.

"Turut ditemui adalah tulang hidupan liar serta jerat dawai yang digunakan untuk menangkap haiwan liar di dalam hutan secara haram.

"Kami percaya penghuni rumah kongsi itu menjalankan kegiatan pemburuan haram dan menjerat hidupan liar sama ada untuk dimakan atau dijual di pasaran gelap," katanya.

Menurutnya, tindakan turut diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 berikutan ada warga asing ditahan tidak memiliki dokumen sah memasuki negara ini.

"Semua bahagian haiwan dipercayai bernilai sekitar RM20,000 itu kemudian disita untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 17-7-2023 10:15 AM
kat malaysia ade jugak ke kambing gurun
Quote acikonion 18-7-2023 06:45 AM
Brpa la hrga dorg jual tu
Quote noor2 18-7-2023 07:40 AM
acikonion replied at 18-7-2023 06:45 AM
Brpa la hrga dorg jual tu

Mahal..sekilo beratus ringgit...tp sedih la org Malaysia ni mmg degil dan x educated kebanyakan pemburu haram ni...depa x terlintas kat kepala otak depa betapa haiwan2 liar ni akan pupus terus...x mcm negara barat..

Walaupun kerajaan dah x bg langsung lesen memburu, tetap depa pi memburu secara senyap2...

Sekarang kerajaan dah buat penandaan chip pada haiwan2 liar yg ditangkap dan dilepaskan semula ke hutan...sesiapa yg tersilap tangkap haiwan yg ditandakan chip tu akan dapat di jejak dan didenda RM300k dan penjara x silap i...
Quote itik_magic 18-7-2023 07:46 AM
suruh je tentera buru pemburu haram. tembak n tinggal. MIA.
Quote kkm123 26-7-2023 02:57 PM
kesiannye haiwan haiwan tu hm

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.463107 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top