CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Tahun Jual Nasi Ayam RM1.90, Peniaga Di Terengganu Dikecam Teruk Bila Naikkan Harga Jadi RM3

17-7-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2535| Komen: 42

Para peniaga makanan di seluruh negara menaikkan harga jualan mereka namun sebuah kedai nasi ayam di Besut, Terengganu tetap mengekalkan harga jualan RM1.90 sebungkus.

Baru-baru ini, mereka akhirnya mengalah dengan bebanan ekonomi semasa sehingga terpaksa menaikkan harga nasi ayam kepada RM3 sebungkus.


"Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90. Namun dengan ekonomi sekarang, kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3," ujar Suhaida Suu melalui TikTok.

Foto: Tiktok

Bagaimanapun sedih mengenangkan sikap segelintir pelanggan yang mengecam perubahan harga tersebut sedangkan ia masih murah berbanding harga di kedai-kedai lain.

"Namun masih ada yang kecam mahal dengan harga RM3 tu. Kadang rasa down nak berniaga. Korang rasa mahal lagi ke harga tu?

"Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.


"Alhamdulillah, tapi masih ada yang memahami dan support kami. Korang yang belum rasa jom singgah Kedai Nasi Ayam RM3 Kuala Besut. InsyaAllah sedap dan puas hati," tulis peniaga itu lagi.

Video tular itu turut menerima banyak komen netizen termasuklah yang meminta peniaga tersebut membuka cawangan baharu di luar Terengganu.

"Bersyukur pada Allah sebab masih ada orang yang jual harga begini.

"Mana nak cari RM3 sekarang? Murah sangat dah tu.

"Murah sangat tu. Teruskan menjual sambil bersedekah," tulis netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-7-2023 09:58 AM
Rm1.90??..ko berniaga ke bersedekah..
Bangkrap la mcm ni
Quote B40tastePosh 17-7-2023 10:03 AM
Melayu tak pandai bisnes.

Quote krustykrab 17-7-2023 10:06 AM
noor2 replied at 17-7-2023 09:58 AM
Rm1.90??..ko berniaga ke bersedekah..
Bangkrap la mcm ni

Dia niaga sbg hobi je tu
Quote mamajawie 17-7-2023 10:10 AM
adeh, siyes la murah gila..naikkn jadi rm5 pun ok sgat dah..
Quote krustykrab 17-7-2023 10:11 AM
B40tastePosh replied at 17-7-2023 10:03 AM
Melayu tak pandai bisnes.

Bukan tk pandai. Bila ko letak harga tinggi, ko kena kecam tk reti bersedekah. Mcm mana nk maju. Segala jenis bisnes lah yg org melayu ceburi dari bisnes cebuk bontot anak org sampai la ke bisnes makanan, asal harga lebih sikit ko kena kutuk.
Quote krustykrab 17-7-2023 10:11 AM
mamajawie replied at 17-7-2023 10:10 AM
adeh, siyes la murah gila..naikkn jadi rm5 pun ok sgat dah..

Kan ayam bukan murah lagi dah
Quote Thunderclouds 17-7-2023 10:12 AM
Dh la malas masak.
Mkn nk yg murah,nk byk,nk sedap.
Patu kulur kilir sembang pasal ugama.
Dasarrr..
Quote B40tastePosh 17-7-2023 10:16 AM
krustykrab replied at 17-7-2023 10:11 AM
Bukan tk pandai. Bila ko letak harga tinggi, ko kena kecam tk reti bersedekah. Mcm mana nk maju. S ...

Sendiri punya bisnes sendiri punya costing...buat apa nak layan mulut customer.

Tapi aku tak suka bisnes makanan walaupun aku masak paling sedap.
Quote mamajawie 17-7-2023 10:17 AM
krustykrab replied at 17-7-2023 10:11 AM
Kan ayam bukan murah lagi dah

kan, bila meniaga harga sedekah bila naikkn memang kena kecam la lagi2 dari netizen yg kedekut @ netizen mesikin..

Quote Meiizu 17-7-2023 10:21 AM
Sebab tu lah aku tak galakkan peniaga yg berniaga sekadar hobi isi masa lapang..ko cipta market jual rendah..sedangkan bukan smua customer tu miskin.
Better jual ikut harga semasa & lebihan untung sampaikan sedekah kpd yg memerlukan.

Dulu menteri apa ye yg bukak restoran free makan tu..tengok sape yg pergi?
Org yg betul susah kdg info tu sampai pun tidak
Quote noor2 17-7-2023 10:25 AM
krustykrab replied at 17-7-2023 10:06 AM
Dia niaga sbg hobi je tu

Nasi tu bukan putih tp berperisa, kicap lagi, salad lagi, timun lagi, bekas nasi tu lagi, penat lagi..sambal tu cili,bawang putih...ayam...semua tu RM1.90?..

Yg pelanggan pun ya Allah RM3.00 tu pun x berbaloi jual..ambil kesempatan sungguh pelanggan siap kecam lagi org naikkan..cer depa masak nasi ayam brp agaknya kos
Quote midori888 17-7-2023 10:33 AM
noor2 replied at 17-7-2023 10:25 AM
Nasi tu bukan putih tp berperisa, kicap lagi, salad lagi, timun lagi, bekas nasi tu lagi, penat la ...

kan...murah ya amat....
Quote Supersirap 17-7-2023 10:39 AM
Ok lah tu harga dia masih murah lagi bukannya naik sampai RM8.50 dan ikut bahagian ayam ,kalau nak thigh atau drumstick kena tambah lagi RM4.50
Quote noor2 17-7-2023 10:41 AM
midori888 replied at 17-7-2023 10:33 AM
kan...murah ya amat....

Dia x campur kos gas ...mungkin masak guna kayu api kut...hihi
Quote renko 17-7-2023 11:07 AM
sebab tu jangan koyok sangat konon jual murah sebab nk bersedekah la apa la
lama2 dah tak tertahan bila naik harga mesti kena kecam
hadap jelah
Quote kitaserupaaa 17-7-2023 12:57 PM
Nasi ayam rm3 tu macam harga zaman aku sek je.
Quote ipanimanz1 17-7-2023 01:06 PM
Meols pnh rs yg 1.90 tu ye. Mmg sedap. Sama mcm nasi ayam yg lain. Bbrapa tahun yg lalu. Tengahari pnuh manusia kedainya. Otw balik dr kedai bru prasan ada bbrapa kedai lain area situ yg jual nasi ayam 1.90 jugak. Skali tu je pernah rasa
Quote Cassieopeia 17-7-2023 01:10 PM
murah dah tu rm3 nsk ayam, yg bising tu masakla sendiri kedekut
Quote B40tastePosh 17-7-2023 03:33 PM
noor2 replied at 17-7-2023 10:25 AM
Nasi tu bukan putih tp berperisa, kicap lagi, salad lagi, timun lagi, bekas nasi tu lagi, penat la ...

Letak perisa ketiak.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049744 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top