CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tawar RM500, Minta Tolong Orang Ramai Jejak Sampai Ke Lubang Cacing Doktor Curang Dengan Isteri Di Madinah

17-7-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7536| Komen: 98

Seorang lelaki dari Sabah menjadi perhatian selepas membongkar perbuatan curang isterinya dengan suami orang ketika sama-sama berkhidmat di Makkah, tahun lepas.

Di Facebook, si suami berkongsi bukti lebih 20 tangkap layar mesej perbualan antara isterinya dengan individu bergelar doktor itu.


Berdasarkan perbualan di aplikasi WhatsApp itu, si doktor dilihat acap kali menghantar mesej dengan bertanya khabar kepada wanita berkenaan.


Foto: mStar

Perbualan antara mereka berlanjutan sehinggalah pada penghujung Julai tahun 2022 apabila lelaki itu meluahkan isi hatinya yang sudah jatuh cinta kepada wanita berkenaan.

"Hi saya nak beritahu ni sebenarnya saya dah mula sukakan A***. Awak ni baik hati dan banyak tolong saya dalam buat kerja.

"Saya tak pernah ada perasaan macam ni semenjak berkahwin. Sorry sebab cakap macam ni. I love you," luah doktor berkenaan yang dipercayai mempunyai seorang isteri dan anak perempuan.


Difahamkan mereka bertugas sebagai petugas kesihatan di Makkah atas anjuran Lembaga Tabung Haji selama lebih dua bulan iaitu antara 6 Jun hingga 11 Ogos 2022.

Menurut lelaki itu, dia mengetahui tentang perlakuan curang membabitkan isterinya itu selepas membaca mesej di WhatsApp pada 26 Jun lalu.

Dia kemudian membuat laporan polis tentang hal itu di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang, Selangor pada 5 Julai baru-baru ini.

Berdasarkan keterangan di dalam laporan polis itu, si doktor berkali-kali mengajak isterinya untuk keluar bersama sebelum dibawa menginap (check-in) di sebuah hotel di Madinah pada 8 sehingga 10 Ogos tahun lalu.


Foto: mStar

Ujar lelaki itu, tujuan dia membuat laporan berkenaan adalah untuk tindakan mahkamah selain mengharap agar pihak Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai perubatan berkenaan.

"Didapati N** berdua-duaan dengan H*** di restoran sebelum menuju ke bilik hotel untuk elak dihidu oleh pihak berkuasa mahupun Tabung Haji.

"Daripada pengakuan N**, bilik hotel ditempah oleh H* tanpa pengetahuan Tabung Haji yang dirancang oleh H** dan dipersetujui A***.

"Melalui pengakuan N**, CCTV (kamera litar tertutup) merakam pertemuan mereka berdua-duaan dan turut merakam N*** masuk ke bilik H**. Melalui bukti perbualan WhatsApp didapati lelaki itu mempunyai hubungan dan berhubung tanpa pengetahuan saya," jelasnya dalam laporan tersebut.

Pendedahan di Facebook itu menarik perhatian warga maya apabila lelaki berkenaan meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai keberadaan dan butiran lelaki yang mengganggu rumah tangganya.

"Kepada sesiapa yang mengenali suami isteri tersebut dan dapat bagi butiran tempat kerja, tolong mesej saya secara peribadi terus.

"Saya bagi RM500 saguhati. Tujuan untuk tindakan mahkamah. Mesti cari sampai dapat," tulisnya dalam hantaran berkenaan sambil berkongsi sekeping foto keluarga doktor terbabit.

Untuk rekod, menurut portal e-Syariah, perbuatan curang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997) kerana menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Selain itu mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 17-7-2023 09:49 AM
wanita sebegini jangan di jadikan isteri lagi, akan mencemari keturunan mana2 lelaki
Quote copy_paste 17-7-2023 09:55 AM
pastu,ape jd dia dgn bini dia
Quote sagiman91 17-7-2023 09:58 AM
laki ni nak londeh semua pasal doktor tuh... bagi aku, ni mmg patut dia buat. jangan biar dia terlepas. jgn igt dgn tilte "DR", dia boleh lepas dgn bawak bini org masuk bilik hotel. aku rasa jgk, dia nak pastikan rumahtangga doktor tu terjejas dan rasakan apa yg dia rasa bila pasangan dia curang.
Quote ifanonline 17-7-2023 10:01 AM
sagiman91 replied at 17-7-2023 09:58 AM
laki ni nak londeh semua pasal doktor tuh... bagi aku, ni mmg patut dia buat. jangan biar dia terlep ...

yup..doktor tersebut need to be punish with the heaviest punishment kerana merosakkan rumahtangga orang...

ada title doktor ni tak semestinya cerdik...bangang pun ada
Quote B40tastePosh 17-7-2023 10:07 AM
Kes macam ni sia sia je, tuntut hak jagaan anak tak dapat, tuntut harta sepencarian tak dapat.....bodoh punya perempuan.

Budu jugak yang kau pilih ...suami ko lagi 10x hensem dan gagah.
Quote Thunderclouds 17-7-2023 10:14 AM
Bini curang.
Laki gatal isu semasa ka??
Brapa byk dh tered pasal menda ni?
Quote prettyuglybabe 17-7-2023 10:15 AM
doktor antara profession ramai yang curang..
Quote elnor_81 17-7-2023 10:24 AM
Doc ni sskjp ke?
Quote ifanonline 17-7-2023 10:25 AM
prettyuglybabe replied at 17-7-2023 10:15 AM
doktor antara profession ramai yang curang..

doktor ni biasa tengok tetek sape yg besar, kote sape yg panjang, dan burit siapa yg sempit...doctors understand better on sexual needs
Quote Cekla 17-7-2023 10:43 AM
my sister baru je kena cerai sebab suami curang dgn janda anak 4
perkahwinan lebih 25 tahun musnah
kenal lebih 30 tahun
Quote bbasir 17-7-2023 12:14 PM
pmpuan ni pun bengap juga... p layan juga napa... laki dia heloookk aje sadoo pun boleh lgi terfikir nak curang... yg Dr ni pun bahenol juga...selayaknya direjam dua org ni.. kt madinah pula tu... haish
Quote AkokKocik 17-7-2023 12:30 PM
Klu dulu, hanya dengar somi org je yg kena sondol, skrg ni byk dah bini org yg kena sondol.
Quote aciksenah 17-7-2023 01:11 PM
B40tastePosh replied at 17-7-2023 10:07 AM
Kes macam ni sia sia je, tuntut hak jagaan anak tak dapat, tuntut harta sepencarian tak dapat.....bo ...

Dua2 pun asal Kelantan kan?

Quote Kitty_catz 17-7-2023 01:53 PM
sana sini rancahhhhkkkk berdosahh

tu yg ongkata skundel kat tpt kerja ni mcm dah normal

sedangkan porom cari rempit yini pun warge2 porom gigih dgn aktivit mengukur kote and mengorek fefets memasing kuennnnn
Quote febreze 17-7-2023 02:10 PM
B40tastePosh: Kes macam ni sia sia je, tuntu ...



nak tgok gamba gagah tuu
Quote matseh 17-7-2023 02:49 PM
Doktor je,
Quote shi_jewel 17-7-2023 02:54 PM
abisla kau duktur...tempat kerja org dah tau, nama penuh dah tau, gambar dah ade etc....sila kambus kepala dalam tanah. memalukan... di madinah org ambik peluang ibadat, ko plak ambik peluang berskandal sana sini. setan pun happy
Quote tokchik 17-7-2023 02:56 PM
cerai kan aku!!!!!!
cerai kan aku!!!!!!
cerai kan aku!!!!!!

jantan tak guna...
tu dailoq dulu
dailog sekarang dah terbalik


sekor mengatal sekor tak melayan tak jadi
satu gatal satu birah

bukan dipaksa
dtg dengan rela


Quote Dwdrum 17-7-2023 03:07 PM
RM 500 bounty untuk cari scandal bini birah... Move on saja lah ko buang duit saja.. Bini tidak tahu erti loyal begini

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.096047 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top