Baru-baru ini, penyanyi Masya Masyitah kembali menjadi bualan sekali gus dikecam teruk apabila berkongsi sekeping gambar dirinya bermain badminton dengan menggayakan hoodie sehingga bahagian leher.
Sering menjadi mangsa kritikan disebabkan fesyen muslimah disifatkan melampau, Masya bagaimanapun berlapang dada dengan segala teguran. Kata pemilik nama sebenar, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, dia tidak mahu pusing dengan kritikan tidak berfaedah sedangkan dirinya sendiri yang mengetahui apa yang terbuku di hati. “Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka. Lebih baik, kalau mereka cermin diri mereka dahulu sebelum bercakap buruk tentang seseorang. “Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Ujar pelantun lagu Halimunan itu lagi, meskipun sering menerima kecaman netizen, itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus istiqamah bertudung.
|
ADVERTISEMENT