Washintong: Pengarah filem Titanic yang memenangi Anugerah Oscar, James Cameron, menafikan spekulasi media beliau sedang mempertimbang untuk menghasilkan filem mengenai malapetaka kapal selam OceanGate yang menyebabkan lima orang terbunuh pada Jun.
"Biasanya saya tidak mengendahkan desas-desus yang menghina dalam media, tetapi saya perlu berbuat demikian sekarang. Saya tidak berbincang mengenai filem OceanGate, dan tidak akan pernah berbuat demikian," kata Cameron pada Sabtu, seperti yang dilaporkan oleh United Press International (UPI). OceanGate mengumumkan pada awal bulan ini pihaknya menangguhkan semua operasi penerokaan dan komersial selepas kemalangang 'implosion' hebat yang menyebabkan satu kapal selamnya hancur, ketika dalam ekspedisi menyaksikan bangkai Titanic yang karam pada 1912 dan mengorbankan lebih 1,500 nyawa. Cameron, yang menulis dan mengarahkan filem klasik 1997, Titanic, membantu mereka bentuk mesin untuk meneroka ke dasar laut dengan selamat dan merakamkan gambar bangkai kapal itu serta melakukan 33 kali selaman.
Pengerusi Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, antara lima mangsa dalam kapal selam malang bernama Titan bulan lalu. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT