Kuala Lumpur: Seorang pekerja kuari maut selepas terjatuh ke dalam lubang salur pemproses batu, sebelum tertimbus dalam kejadian di City Link, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, petang tadi.
Mangsa lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Mujiono, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.08 petang tadi. "Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Teluk Panglima Garang, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat. "Berdasarkan maklumat awal, mangsa terjatuh ke dalam lubang salur convenyor dan tertimbus ketika melakukan kerja-kerja pemindahan batu kuari. "Mangsa tertimbus pada kedalaman enam meter, sebelum anggota bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa bermula jam 5.20 petang," katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan melalui salur convenyor itu pada jam 7 malam. "Sebaik dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). "Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT