CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Klinik Di Pulau Pinang Tunjuk Bilik Khas Ambil Sampel Air Mani, Ruangan Komen Dihujani Komen Lucah

15-7-2023 09:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1622| Komen: 6

Terbaharu, satu akaun TikTok sebuah klinik yang berpangkalan di Pulau Pinang menjadi perhatian ramai apabila mereka berkongsi tentang bilik rawatan bagi tujuan analisis air mani (SFA).


"Siapa nak buat ujian air mani? Sekarang dah ada bilik khas. Tak perlu susah cari tandas dah lepas ni. Jangan lupa bawa isteri teman sekali ya.


"Ujian ini wajib ya untuk pasangan Trying To Conceive (TTC). Kena check jumlah sperma, bentuk, pergerakan sperma normal ke tidak.

"Boleh hubungi kami ya. Klik je link dekat bio atau profile," tulis pengendali akaun itu.

Video berkenaan memaparkan sebuah bilik yang dilengkapi sebuah katil, tong sampah, sinki, serta sofa kecil.

Dimuat naik pada Jumaat, video itu sehingga kini meraih lebih 340,000 tontonan.

Malah ia turut dihujani banyak komen termasuklah individu 'otak kuning' yang membuat jenaka lucah.


Sebagai peringatan, umat Islam dilarang membuat jenaka lucah kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membuat lawak lucah dan rogol adalah haram sama sekali dalam Islam.

Ia mengancam keselamatan emosi dan mental orang yang ditujukan lawak tersebut malah budaya sebegini tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana perkataan-perkataan yang tidak senonoh pada umumnya adalah perkataan yang tercela.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 15-7-2023 10:23 PM
Agaknya yg buat IVf pun sama juga kaedahnya mcm tu kot.
Xde lg dgr suami bercerita perjlnn mcmna rawatan bersama wife mereka utk TTc ivf..yg mcm makiti ..elizad tu buat.
Quote evlinne 16-7-2023 07:41 AM
Dlu iols pernah keje hosp swasta kejap
Pernah tanya sorang staff tu, mmg ada bilik khas pun utk amik sperm klau nak buat ivf treatment
Orang dept IT akan bagi vid lucah utk patient laki tu (ada kategori sex mcm mana yachh) utk patient tu cipcap extract semen dia
Quote mawardia 16-7-2023 11:16 AM
Purplehaz replied at 15-7-2023 10:23 PM
Agaknya yg buat IVf pun sama juga kaedahnya mcm tu kot.
Xde lg dgr suami bercerita perjlnn mcmna raw ...

My friend and her husband did it at a private hospital. Memang ada 1 bilik khas utk suami keluarkan air mani. Dlm tu semua material ada... tujuannya utk merangsang suami keluarkan air mani dia. Tp suami masuk sorang. Kawan I tunggu dlm treatment room yg lain. Sedih dgr cerita dia. It wasnt easy for both of them. Tp ego, malu, harus diketepikan demi usaha nk dpt kan zuriat.
Quote Purplehaz 16-7-2023 03:21 PM
mawardia replied at 16-7-2023 11:16 AM
My friend and her husband did it at a private hospital. Memang ada 1 bilik khas utk suami keluarka ...

Oo mcm tu ...oklah kalau si husband nk ikut ckp  buat itu ini.
kalau success berbaloi la perngorbanan besar tu. Kalau x berjaya...dua2 merana.

Agaknya sesiapa yg buat IVf ni..ada buat DNA test utk pastikan anak tu, yelah benih2 arranging tu semua doktor dan nurse yg buat.

Quote mawardia 16-7-2023 03:40 PM
Purplehaz replied at 16-7-2023 03:21 PM
Oo mcm tu ...oklah kalau si husband nk ikut ckp  buat itu ini.
kalau success berbaloi la perngorb ...

Betul. Both husband and wife kena rela dan tak ego. Bab DNA tu I tak pasti sebab my friend buat 2x dan gagal, jd diaorang nak stop dulu, nak rehatkan minda. Possible jugak kan buat DNA test tu. Sure kena bayar gak tu. Tabung dah bersusun banyak2 memang staff tu kena focus dan teliti. Salah susun, abihhhh laaaaaa.
Quote Purplehaz 16-7-2023 07:22 PM
mawardia replied at 16-7-2023 03:40 PM
Betul. Both husband and wife kena rela dan tak ego. Bab DNA tu I tak pasti sebab my friend buat 2x ...

Kesiannya dia...semoga kawan you dpt rezki anak sendiri atau ambik baby angkat pun rezeki juga.
I pun ada kenalan yg buat IVf 2 kali x jadi utk dpt 2nd child..frust byk duit habis plus husband terlalu ingin baby boy..double frust dia.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046698 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top