Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggalakkan lebih ramai pengkarya muzik tempatan menghasilkan lagu patriotik bagi memperkukuh perpaduan kaum dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata lagu sedemikian bukan sahaja bagi meraikan hari penting seperti Hari Kebangsaan tetapi juga mengingatkan rakyat mengenai kepentingan terus hidup dalam aman dan harmoni. Sejak beberapa tahun lalu, katanya, lagu patriotik semakin mendapat perhatian daripada seniman dan artis popular tanah air, serta dipersembahkan terutama menjelang Hari Kebangsaan. "Saya rasa kita boleh bertemu dengan kawan-kawan dalam bidang muzik untuk memberi galakan kepada mereka menghasilkan karya baharu. Saya tahu (penulis lirik) Datuk Habsah Hassan ada menghasilkan lagu yang ada dimainkan. "Mungkin kita akan bincang dengan Media Prima untuk pastikan ia dimainkan di TV3 sebagai contoh dan lagu-lagu yang lain.
"Dalam suasana di Malaysia, kita mampu membangun, mendirikan sebuah bangsa, rakyat yang bukan hanya bersatu padu tapi boleh maju jauh ke hadapan, dan dengan lagu inilah, sudah pasti itu memberi kita semangat dan memori indah," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program bual bicara khas Suara Rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan, bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' yang disiarkan di TV3, hari ini. Panel lain ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. Sumber: BH Online
|
sharlenetexas replied at 15-7-2023 08:10 PM
Saya Anak Malaysia - Dr Sam
Vibe mcm Born In The USA - Bruce Springsteen.
Nak lagi lagu2 mcm ni.
sharlenetexas replied at 15-7-2023 08:10 PM
Saya Anak Malaysia - Dr Sam
Vibe mcm Born In The USA - Bruce Springsteen.
Nak lagi lagu2 mcm ni.
lostnfaun replied at 16-7-2023 08:14 AM
Lagu kerajaan madani yg bunkface nyanyi tue mcm buruk benor. Takde feel patriotik langsung. Bagus la ...
Innrukia replied at 16-7-2023 08:58 AM
nah lagu patriotik sepanjang zaman.tak payah duk specific madani pun
unguaurora replied at 16-7-2023 11:15 AM
heols nk komposer hasilkn lagu memuja bangnon le tu
ADVERTISEMENT