CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Dah Tak Ghairah Bila Sentuh Sebab Dah Banyak ‘Makan Luar’

15-7-2023 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 692| Komen: 4

“Saya tidak merasakan kebahagiaan itu apabila suami yang disayangi dengan sepenuh hati berlaku curang di belakang saya.”

Itulah luahan seorang wanita dikenali sebagai Ija yang berusia awal 30-an apabila berkahwin dengan seorang ‘kaki perempuan’.


Mengulas lanjut, Ija berkata, dia dan suaminya itu berkenalan antara satu sama lain atas urusan kerja dan memutuskan untuk menjalinkan hubungan serius selepasbeberapa bulan berkenalan.


Gambar hiasan

“Sebelum mengenalinya, saya tidak pernah menyerahkan kehormatan kepada mana-mana lelaki.

“Setelah menjalinkan hubungan, kami telah terlanjur beberapa kali dan semua itu berlaku kerana godaannya,” jelas Ija yang bekerja dalam sektor swasta.




Setelah terlanjur beberapa kali, Ija mendesak suaminya untuk berkahwin dan akhirnya mereka bertunang dan melangsungkan perkahwinan.


Ija menjelaskan, dia gembira akhirnya dapat menghalalkan hubungan mereka apabila melangsungkan perkahwinan dengan lelaki disayanginya.

Pada tahun pertama perkahwinan mereka, suaminya itu telah berlaku curang apabila mempunyai hubungan dengan seorang janda.

Semuanya ‘terkantoi’ apabila suaminya itu terlupa untuk memadam perbualannya dengan janda tersebut.

“Luluh hati saya ketika itu apabila membaca perbualan mereka.

“Daripada perbualan itu, mereka telah bersama beberapa kali,” terang wanita berasal dari Selangor itu.

Suaminya mengakui perbuatannya dan memberitahu bahawa janda tersebut telah kenali sebelum mereka berdua berkahwin lagi.

Malah, suaminya merayu kepada Ija dan menyesali perbuatan itu, selain berjanji tidak mengulanginya lagi.

Ija yang mempunyai sifat pemaaf memberi peluang kedua kepada suaminya itu.

“Melihat suami saya yang menangis dan memohon maaf atas perbuatannya itu, hati saya menjadi sayu dan memberinya peluang kedua,” terangnya.


Gambar hiasan

Namun begitu, peluang yang diberikan Ija itu tidak digunakan oleh suaminya. Ija mula menyedari suaminya itu seakan sudah tidak ‘ghairah’ menyentuhnya hingga kadangkala, dia yang harus memulakan langkah untuk bersama dengan suaminya.

Sebelum ini, suaminya yang akan memulakan langkah tersebut.

“Dalam masa sama, saya ada membaca beberapa luahan wanita di media sosial yang memaklumkan, kurang masa ‘bersama’ adalah petanda suami sudah ‘makan luar’.

“Ini membuatkan saya menaruh rasa yang sama kepada suami memandangkan sebelum ini dia pernah berlaku curang di belakang saya,” terangnya.

Andaian Ija kepada suaminya itu benar belaka apabila dia melihat perbualan suaminya itu bersama beberapa wanita lain di satu aplikasi.

Sebelum ini, dia jarang melihat aplikasi itu.

“Saya melihat satu aplikasi yang sebelum ini jarang saya lihat di telefon pintar suami. Hati saya berdebar untuk membuka aplikasi itu. Setelah dibuka, saya melihat ada perbualan suami saya bersama beberapa wanita lain.

“Perbualan itu bukan biasa-biasa, malah lebih bersifat hubungan asmara yang menandakan seperti mereka sudah ‘bersama’,” terangnya.

Tambahnya, dia juga ada membuka e-mel suaminya dan melihat ada butiran beberapa tempahan hotel yang terlupa dipadam.

Ija sempat menangkap layar perbualan itu untuk dia jadikan bukti. Dalam keadaan marah, dia terus meminta penjelasan daripada suaminya.

“Suami saya diam tidak terkata dan cuba untuk menafikan, namun daripada riak wajahnya, saya yakin dia berbohong.

“Akhirnya, dia mengakui telah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita lain. Hubungan yang terjalin itu hanya untuk seks dan tidak lebih daripada itu,” katanya.

Ija tidak menyangka suaminya sanggup berbuat demikian di belakangnya.

Akhirnya, Ija mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya dengan memohon fasakh di mahkamah syariah kerana tidak sanggup diperlakukan sedemikian rupa.

Mereka akhirnya sah berpisah di sebuah mahkamah syariah di sebuah negeri di utara tanah air.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 15-7-2023 12:43 PM
But I thought anak jiran aku yg 3 tahun kata.....cheating makes one's marriage stronger?



Quote tumpanglalu74 15-7-2023 01:08 PM
Edited by tumpanglalu74 at 15-7-2023 01:27 PM
stingerpressor replied at 15-7-2023 12:43 PM
But I thought anak jiran aku yg 3 tahun kata.....cheating makes one's marriage stronger?


Kaplahotak..

Anyway, adekah aplikasi dalam fon tu Tindan, eh Tinder???  

Ade je staf ofis aku kaki lobang siap buntingkan sesama staf tapi suroh telan ubat kasi gugor sampai pucat lesi muke budak betine tu.  Ujong2 dia pegi kawen dengan budak prektikel setelah dia burjaye menebok budak tu.  

Kalo dah kaki tebok takyah apps pon dia menebok jugek.
Quote stingerpressor 15-7-2023 01:13 PM
tumpanglalu74 replied at 15-7-2023 01:08 PM
Kaplahotak..

Anyway, adekah aplikasi dalam fon tu Tindan, eh Tinder???  Ade je staf ofi ...

Tang apps nyundel tinder tindan ni ko kena tanya greentea dan lakinyer yg latest edition....tak tahu  berapa lama mika bertindan dgn kommunity didalam iteww sebelum they finally make it official....both of them...
Tying the knot

Kahkahkahkahkah




Quote nono86 15-7-2023 03:24 PM
Malangnya nasib kau..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.424469 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top