CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Akan Perkenal Undang-undang Anti Ali Baba - Rafizi

15-7-2023 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 347| Komen: 6

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan bakal memperkenalkan undang-undang anti-Ali Baba sebagai langkah pengharaman budaya itu dalam sektor ekonomi negara yang kerugian sekitar RM17 bilion hingga RM18 bilion kerana amalan tersebut.


Katanya, ini kerana terdapat perniagaan yang dimiliki oleh rakyat tempatan tetapi disewakan kepada warga asing selain pembinaan projek menjadi mahal ekoran ada pihak yang mengambil persen.



"Bina projek sepatutnya harga murah tapi sebaliknya berlaku. Cerita pasal budaya Ali Baba dalam ekonomi kita memang macam-macam.

"Kita kena hentikan amalan ini kerana ia boleh menjadi punca kepada rasuah dan ketirisan. Sebab itu, pandangan saya menangani budaya Ali Baba perlukan penyelesaian menyeluruh dan berstruktur," ujarnya menerusi laman Twitter pada Sabtu.

Tambah beliau, menghapuskan budaya Ali Baba dalam sektor ekonomi tidak boleh sekadar cakap kosong tetapi perlu ada tindakan segera.


"Oleh itu, harapan saya dengan kerangka undang-undang ini, kita dapat selesaikan salah satu ketempangan utama ekonomi negara," jelasnya. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:10 AM
"Bina projek sepatutnya harga murah tapi sebaliknya berlaku. Cerita pasal budaya Ali Baba dalam ekonomi kita memang macam-macam"
Quote Simunggu 25-7-2023 09:20 AM
tiada sudah sub-con
Quote Rdizz 25-7-2023 09:30 AM
Skala besar dan skala kecil semua ada ali baba, lesen org lain, org lain buat kerja, harga double tripple overprice sbb nk bela yg di atas tu.  Mcm ni nk maju ke negara melainkan makin miskin.
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 09:42 AM
Lazada tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 09:50 AM
[youtube]UaqYXqT3RiE[/youtube]
Quote Decaffeinated 25-7-2023 12:58 PM
Undang2 bagi menutup loop hole. OK lah better than nothing.

Long overdue.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.099383 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top