CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Nikah Depan Jenazah Bapa Yang Gantung Diri Kerana Stres Berhutang Tanggung Perkahwinan Anak

15-7-2023 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1683| Komen: 12

Kebanyakan orang sanggup berhabis duit demi melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran sehingga terbeban dengan hutang.

Terbaru, Serambi News dipetik Kisah Dunia melaporkan lelaki berusia 51 tahun menggantung diri di dalam rumah sehari sebelum pernikahan anak perempuannya.



Gambar hiasan

Mayat lelaki itu ditemui anak lelakinya berusia 4 tahun sekitar jam 7 pagi pada Selasa, lapor Detik.com.

Difahamkan, sebelum ini dia yang bekerja sebagai buruh binaan, hidup merantau ke luar negeri selama tiga bulan dan pulang ke kampung bulan lalu untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya. 

Pada awalnya, lelaki ini mahu membuat majlis bersaiz sederhana mengenangkan ekonomi keluarga mereka tidak begitu baik, namun terus didesak isterinya untuk mengadakan majlis penuh meriah demi anak mereka.

Tertekan kerana dikelilingi hutang, akhirnya dia mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat diri menggunakan sehelai kain pelikat yang diikat. 



Istimewa

Terkesan dengan pemergian mengejut itu, si anak kemudiannya melangsungkan akad nikah di hadapan jenazah bapanya sebelum dikebumikan. 

Dari pemeriksaan fizikal Allahyarham, tiada sebarang kesan mencurigakan ditemui. Pihak keluarga menerima kematiannya sebagai sebuah takdir dan menolak proses bedah siasat. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 15-7-2023 12:30 PM
Sop polis msia utk kes bunuh diri mesti bedah siasat kan? Senang2 plak x nak bedah siasat kat negara konoha ni...
Quote I.K.A888990 15-7-2023 03:10 PM
apa la si isteri tu duk pikir. nk mewah bagai sampai berhutang tak ke susah..
Quote asmurai 15-7-2023 03:16 PM
Edited by asmurai at 15-7-2023 03:22 PM
I.K.A888990 replied at 15-7-2023 03:10 PM
apa la si isteri tu duk pikir. nk mewah bagai sampai berhutang tak ke susah..


sejenis perempuan bangang, tak ada belas ihsan belas kasihan kat laki. ada satu lagi contoh laki mati terlantar kering dehydration padahal bini nurse. tapi perempuan gold digger sebegini selalunya cepat jodoh/ringah jodoh sebab pandai mengurat/menyondol laki.Malang la lelaki yang terkawin perempuan sebegini konon cinta sangatlah kat perempuan sebegitu. kalau tak cinta pun at least ada la belas ihsan belas kasihan kat laki sendiri kut.

pengajaran kat lelaki yang bercita cita nak gali lobang sendiri dengan berbini ramai/berbini muda jangan ingat perempuan suka kat awak sebab cinta la kononnya. ntah ntah bini muda duk doa laki mati cepat nak sapu duit
Quote matchstick 15-7-2023 03:25 PM
Tgk rumah pun buruk. Baik guna duit upgrade rumah kasi elok sikit. Majlis sehari je. Rumah nk duduk sepanjang hayat
Quote nw111 15-7-2023 04:10 PM
Majlis kawin zaman skrg tak payah dh buat besar2 ajak org beribu...buat majlis utk close friends and family je..belanja kawin zaman skrg bkn mcm dulu..kalau kl...majlis bodo2 tak glamer mana pun dh rm50k...kalau yg buat grand, mau beratus ribu habis...kalau kawin kekal sampai mati takpe la...ni kawin 3,4 tahun cerai sbb financial prob..
Quote Sazreena 18-7-2023 05:11 PM
Bila dah tak mampu..ko push laki ko kaw-kaw jawabnyaaa...mampus.
Quote sharlenetexas 18-7-2023 05:18 PM
Merantau je luar negeri - Malaysia ke?

Quote Kitty_catz 18-7-2023 05:18 PM
ni harus binik ada akaun tiktok.. smer nak up demi secebis like ke gicu

umah caprut dgn kebodoe-han berpisah teda
Quote shernazz 18-7-2023 06:51 PM
Kenapa gambar tunjuk beramai2 tu caption dia istimewa
Quote kkm123 27-7-2023 10:51 AM
isteri tu tolong la faham suaminye.. nak kesahkan mulut orang dah kenapa kalau kenduri kecik pun
Quote sangbara2020 27-7-2023 11:04 AM
elok anak buah iolls..nikah ms pkp
hahaha..jimat
Quote JunkMail 27-7-2023 11:35 AM
Jiran  friskies kot ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.189568 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top