Dua bulan bertunang, anak Datuk A. Aida iaitu Wan Az Aleesa selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Zain Azrai Abdul Aziz dengan sekali lafaz pada pukul 11.15 pagi Sabtu. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Ameng Spring disaksikan oleh Penolong Pendaftar dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.
Pada majlis yang berlangsung di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang itu, Aleesa, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran RM25,000 dan seutas gelang emas. Dalam pada itu, pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas lima oleh pengantin lelaki. Aleesa memberitahu dia dan suami tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat. Malah pasangan ini akan tinggal berjauhan memandangkan Aleesa bakal terbang ke Indonesia bagi melanjutkan pelajaran sementara Zain pula masih bekerja di Kuala Lumpur.
"Syukur semua yang dirancang menjadi kenyataan dan majlis berjalan lancar. "Selepas bergelar isteri saya akan akan ke Indonesia bagi meneruskan kuliah di sana. Jadi kami tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat. "Kami kena jadi pasangan jarak jauh sebab komitmen masing-masing. Walau pun berat tetapi kami kena kuat untuk kebaikan masing-masing," katanya kepada mStar. Menariknya, terdapat upacara simbolik pelepasan 50 ekor burung merpati dilakukan sejurus selesai berlangsungnya majlis akad nikah tersebut. Sementara itu A. Aida menzahirkan rasa syukur dan hiba apabila majlis anaknya itu selesai. “Akhirnya mama terpaksa lepaskan Aleesa juga kepada orang lain yang akan menjaga awak nanti. “Terima kasih Aleesa kerana menjadikan mama seorang wanita sempurna sebagai ibu,” ucapnya dalam nada sebak. Majlis tersebut dihadiri keluarga, teman rapat serta rakan-rakan artis seperti Zamani, Farahdhiya dan Eddie Hamid. Aleesa dan Zain, 27, melangsungkan pertunangan pada 20 Mei lalu di lokasi sama. Untuk rekod, A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan Ameng pada 1994 namun bercerai pada 2003. Selain Aleesa mereka juga mempunya seorang lagi cahaya mata iaitu Wan Azevanatassha, 22.-CARI Sumber: mStar
|
unguaurora replied at 15-7-2023 01:24 PM
Pelamin style kampung2.. gitu je ke level nek aida?
codenamedream replied at 15-7-2023 12:29 PM
Aleesa ambik medic kat indon ke?
jerukkedondong replied at 15-7-2023 04:40 PM
ambik veterinar nyah....doc la jgk kan..doc hayawann gitu
ADVERTISEMENT