CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2524|Reply: 11

Anak A.Aida Dah Selamat Nikah, Lepaskan 50 Burung Merpati Selepas Akad Nikah "Lepas Kahwin Tinggal Berjauhan, Malaysia-Indonesia"

[Copy link]
Post time 15-7-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Dua bulan bertunang, anak Datuk A. Aida iaitu Wan Az Aleesa selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Zain Azrai Abdul Aziz dengan sekali lafaz pada pukul 11.15 pagi Sabtu.


Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Ameng Spring disaksikan oleh Penolong Pendaftar dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.


Foto: mStar




Pada majlis yang berlangsung di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang itu, Aleesa, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran RM25,000 dan seutas gelang emas.


Dalam pada itu, pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas lima oleh pengantin lelaki.


Aleesa memberitahu dia dan suami tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat.


Malah pasangan ini akan tinggal berjauhan memandangkan Aleesa bakal terbang ke Indonesia bagi melanjutkan pelajaran sementara Zain pula masih bekerja di Kuala Lumpur.




Foto: mStar







"Syukur semua yang dirancang menjadi kenyataan dan majlis berjalan lancar.


"Selepas bergelar isteri saya akan akan ke Indonesia bagi meneruskan kuliah di sana. Jadi kami tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat.


"Kami kena jadi pasangan jarak jauh sebab komitmen masing-masing. Walau pun berat tetapi kami kena kuat untuk kebaikan masing-masing," katanya kepada mStar.


Menariknya, terdapat upacara simbolik pelepasan 50 ekor burung merpati dilakukan sejurus selesai berlangsungnya majlis akad nikah tersebut.


Sementara itu A. Aida menzahirkan rasa syukur dan hiba apabila majlis anaknya itu selesai.




Foto: mStar







“Akhirnya mama terpaksa lepaskan Aleesa juga kepada orang lain yang akan menjaga awak nanti.


“Terima kasih Aleesa kerana menjadikan mama seorang wanita sempurna sebagai ibu,” ucapnya dalam nada sebak.


Majlis tersebut dihadiri keluarga, teman rapat serta rakan-rakan artis seperti Zamani, Farahdhiya dan Eddie Hamid.


Aleesa dan Zain, 27, melangsungkan pertunangan pada 20 Mei lalu di lokasi sama.


Untuk rekod, A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan Ameng pada 1994 namun bercerai pada 2003.


Selain Aleesa mereka juga mempunya seorang lagi cahaya mata iaitu Wan Azevanatassha, 22.-CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aleesa ambik medic kat indon ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:52 PM | Show all posts
upcara lepaskan burung tu harap2 beli burung dari kedai2 yang dah lama terseksa di kurung dalam sangkar tu... kesian burung2 tu...

btw theyols dah lama kahwin kan... dah selamat melambung sampai ke syiling dah pun kan

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelamin style kampung2.. gitu je ke level nek aida?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 15-7-2023 01:24 PM
Pelamin style kampung2.. gitu je ke level nek aida?

Bunga plastik cocok2 je.. siap!!!



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2023 02:53 PM | Show all posts
Ameng nampak smart tapi Aida nampak mcm pengantin 80-an yang tak siap
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 15-7-2023 04:03 PM

Hai lahhhh nek Aidaaa kayaaaa pun obits....

Ya ampunnnnnn pelamin!!!


Niwaes selamat pengantin baruuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Xcntik anak dia. Gabungan ameng ngn aida ,gitu jela rupa... tp budak ni nk ngji apa smpai indon, medic ke.. klw medic kira xpa la rupa xda pun tp otak bijak. Suami pun dgrnya pilot. Jah kena tgok ni, cara org set up life. After marriage mesti lebih stabil, laki pilot. Kita pun truskn study. Bkn nnya henti takat spm 10a tu je. Pstu pas kawen? Hri2 masak nasik arab ikan. Laki bini makin jd tong gas. Mana pun xpi katanya trping zuhud. At the same time, bising jeles nengok org g london mkn angin. Pelik btul seketul jah lps kawen. Kesan drpd plih lki xplih yg open minded
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 15-7-2023 12:29 PM
Aleesa ambik medic kat indon ke?

ambik veterinar nyah....doc la jgk kan..doc hayawann gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 15-7-2023 04:40 PM
ambik veterinar nyah....doc la jgk kan..doc hayawann gitu

Doc hayawan laku
Klinik hayawan lagi ramai beratur dari klinik manusea
Oyen setiap hari sakit luka sana sini sebab degil.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ayah pengantin perempuan lebih segak dari pengantin laki. apa pasai la tak shave bagi kemas dagu tu. serabai mak nengoknya. pengantin laki tak perlu pun rumit bersiap, just kemas and wangi. hah gitew mak kritik macam anak aku pulak yang nikah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.060226 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list