CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Tangki Rempuh Bas Di Segamat! Anak 10 Tahun Maut, Ibu Patah Kaki

15-7-2023 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 235| Komen: 0

Segamat: Seorang kanak-kanak maut selepas sebuah bas henti-henti terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Bandar Chaah.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.10 pagi itu menyaksikan, kanak-kanak lelaki, 10, disahkan meninggal dunia ketika sedang diberikan rawatan di sebuah klinik Kementerian Kesihatan (KKM) berhampiran.


Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labis Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Hairishah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.13 pagi.

Foto: Harian Metro

"Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti membawa 3 penumpang yang dipercayai baharu keluar simpang berhampiran sebuah lampu isyarat dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah lori tangki dari arah Chaah ke Yong Peng.

"Seorang penumpang wanita berusia 45 yang juga ibu kanak-kanak berkenaan patah kaki kanan sementara seorang lagi wanita mengalami sakit di bahagian dada serta sesak nafas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Katanya, kedua-dua pemandu lori dan bas masing-masing berusia 65 dan 62 tahun mengalami kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.251179 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top