CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia Dakwa Dilayan Sebagai Kelas Ketiga?

15-7-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 278| Komen: 1

Golongan kurang upaya pekak didakwa Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) masih dianggap sebagai warga kelas ketiga di negara ini yang tidak dilayan sepatutnya termasuk dalam industri sukan.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Ong Shin Ruenn berkata, sebagai contoh, golongan atlet pekak didakwa tidak mendapat hak kesamarataan dari segi insentif, fasiliti latihan dan penajaan sepertimana sukan lain yang popular atau atlet para.


Gambar hiasan

Sedangkan, katanya, atlet pekak turut menyumbang pingat selain membawa nama baik Malaysia di mata dunia.

Katanya, walaupun pihaknya sudah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk membincangkan perkara itu, sehingga kini belum ada perkembangan positif.

“Bayangkan atlet lompat jauh kami terpaksa berlatih di atas jalan beralaskan karpet yang sebenarnya agak bahaya dari segi keselamatan. Bahkan tempat latihan kami tidak berpusat, ia merata-rata di seluruh negara.


“Kami juga perlu menyewa inap desa menggunakan wang sendiri sepanjang latihan, bukannya tinggal di hotel sementara dari segi insentif membawa pulang emas dan elaun juga tidak sebanyak atlet normal dan para,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurut Shin Ruenn, pihaknya sudah berpuluh tahun berjuang untuk membela nasib atlet pekak sekurang-kurangnya setanding alet para, namun tiada perkembangan positif walaupun diiktiraf setaraf dengan Majlis Paralimpik Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia.

“Kami sudah lama, sudah berpuluh tahun berjuang untuk nasib sukan pekak, tetapi belum ada hasil. Walaupun beberapa kali berjumpa Menteri Belia dan Sukan sejak zaman Khairy Jamaluddin; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan juga Hannah, namun masih tiada hasil sehingga hari ini.


ONG SHIN RUENN - Utusan

“Ini termasuk mengenai penganjuran Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia Ke-4 pada September ini yang bakal diadakan di Malaysia buat julung kalinya yang mana kami perlu mencari wang sendiri. Nasib baik beberapa pihak swasta sudi menghulurkan tajaan.

“Sedangkan melalui penganjuran ini dapat meningkatkan serba sedikit ekonomi negara dengan menarik bilangan pelancong,” katanya.

Sebelum ini, Hannah mendakwa tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi memenuhi permohonan semua persatuan sukan di negara ini termasuk MSDeaf untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia Ke-4 pada September ini, namun baru-baru ini memberi kelulusan penganjuran termasya kejohanan ini tanpa mengikat komitmen kerajaan. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:10 AM
berpuluh tahun berjuang, belum ada hasil

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 1.275380 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top