CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Dengan Rakan Sekerja- Guru Letak Racun Dalam Bubur Murid Taska, Seorang Maut, 25 Cedera

15-7-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 517| Komen: 3

Beijing: Seorang bekas guru tadika di China dihukum mati selepas membunuh seorang kanak-kanak dan mencederakan 24 yang lain dengan meletakkan racun natrium nitrit dalam bubur mereka empat tahun lalu.


Media tempatan melaporkan, Wang Yun, 39, tidak berjaya dalam rayuannya terhadap hukuman itu yang pada mulanya dijatuhkan pada September 2020 oleh sebuah mahkamah di bandar Jiaozuo, wilayah Henan.

Khamis lalu, mahkamah sama mengesahkan identiti Wang, mengiringinya ke tempat pelaksanaan dan melaksanakan hukuman mati, kata kenyataan mahkamah yang dipetik media kerajaan.

Foto: Agensi

Pada Mac 2019, Wang membeli sedikit natrium nitrit selepas terbabit dalam pertengkaran dengan rakan guru setugas di tadika.

Keesokannya, Wang meletakkan natrium nitrit di dalam hidangan sarapan pagi pelajar rakan sekerjanya itu sebagai membalas dendam angkara pertengkaran berkenaan.


Eight treasures porridge ialah bubur berasaskan beras dan berperisa manis yang sangat popular di China.

Pada Januari 2020, seorang daripada kanak-kanak yang menjadi mangsa meninggal dunia akibat kegagalan pelbagai organ yang disebabkan oleh keracunan.

Mangsa selebihnya mengalami kecederaan ringan, lapor media kerajaan.

Kejadian membabitkan Wang adalah satu daripada beberapa kes kematian atau keganasan berprofil tinggi di tadika di China, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Isnin, seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki menyerang sebuah tadika di wilayah Guangdong, China yang membunuh enam mangsa dan seorang tercedera.

Kejadian mencetuskan kebimbangan mengenai keganasan terhadap kanak-kanak di sekolah.

China menghukum mati ribuan pesalah setiap tahun, jauh lebih banyak daripada negara lain, menurut anggaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, Amnesty International.

Namun, China tidak menerbitkan data dan statistik mengenai hukuman mati. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-7-2023 09:51 AM
nnak mmpos agaknya cikgu ni
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:42 AM
gila betul
Quote Carcosa 31-7-2023 12:57 AM
Bodoh punya pemakan babi
Kau marah dkt the other cikgu, kau racun lah cikgu tu. Kau pegi racun bubur bebudak kecik tu daj kenapa?
Meh sini aku tabur serbuk tu atas otak kau. Ala2 sprinkle topping gitu. Meh lah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.178392 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top