CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain Kedah Dan Sabah, Baddrol Bakhtiar Bakal Bertanding Dalam PRN Bulan Depan?

15-7-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 334| Komen: 0

Kuala Lumpur: Betuk ke bekas pemain Kedah dan Sabah, Baddrol Bakhtiar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan?

Desas desus itu ketika ini bertiup kencang di media sosial susulan pengumuman Sabah FC hari ini yang mengumumkan pengunduran Baddrol daripada skuad Badak atas sebab yang akan diumumkan kemudian.


Tidak dipastikan sama ada khabar angin itu benar dan Baddrol sendiri masih belum mengumumkan hala tujunya selepas ini.


Foto: NSTP

Malah, persoalan turut berlegar dikalangan peminat parti politik mana yang akan disertai pemain kelahiran Kedah itu jika benar dia menyertai PRN kali ini.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan Sabah FC, memaklumkan bahawa Baddrol akan meninggalkan peranannya sebagai ketua pasukan dan tidak lagi bersama pasukan sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.

"Keputusan ini diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.


Penyerang berumur 35 tahun yang juga bekas pemain kebangsaan itu menyertai Sabah FC sejak akhir 2021 selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC.

Baddrol dijangka tampil kali terakhir pada perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.038317 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top