KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa kemudahan pengangkutan untuk pelancong dan penumpang, aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah rosak sejak sebulan yang lalu.
Justeru itu beliau menegaskan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing perlu memikul tanggungjawab memastikan aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibaiki segera. “Mana Anthony Loke? Mana Tiong King Sing? Apa jadi MOT (Kementerian Pengangkutan)? Shuttle train dari bangunan utama ke terminal pelepasan antarabangsa rosak lagi. Sudah banyak kali rosak. “Ini dikatakan first class facility (kemudahan kelas pertama) tetapi low class maintenance (penyelenggaraan kelas bawah). “Baik pulih amat lambat. Masa saya ke Jeddah 17 Jun lalu train ini sudah rosak. Bila saya balik sebulan kemudian, ia masih rosak lagi,” rungut Mohd. Puad dalam media sosial.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu menegaskan, KLIA yang menyediakan kemudahan kelas pertama merupakan pintu masuk utama pelancong. Bagaimanapun imej negara maju yang cuba dipaparkan kepada pelawat luar menjadi rosak apabila pelancong bersesak seperti ‘sardin dalam tin’ ketika menaiki bas yang disediakan. “MAB (Malaysia Airlines Berhad) pun satu hal. Penumpang dan pelancong disumbat sampai berdiri dalam bas dengan hand luggage mereka. Kesian warga emas. Apakah ini Malaysia’s Hospitality?” soal beliau. Sementara itu, Mohd. Puad turut menyindir King Sing yang bergegas ‘menyelamatkan’ pelancong China baru-baru ini namun hanya berdiam diri berkaitan kerosakan kemudahan itu. Beliau berkata, kerosakan aerotrain KLIA menjejaskan bukan seorang tetapi ribuan pelancong lain setiap hari. “Mana Datuk Tiong King Sing. Dia Menteri Pelancongan. Tidak mahu serbu KLIA kali kedua? “Hari itu dia sibuk pasal wanita warga China. Ini melibatkan ribuan pelancong setiap hari. Kenapa diam? Mohon PMX (perdana menteri kesepuluh) datang lagi ke KLIA,” kata Mohd. Puad.-CARI Sumber: Malaysiagazette
|
Innrukia replied at 15-7-2023 11:21 AM
mana pemuja anthony loke & menteri tong tu?
bukankah sgt bagus tatakelola depa?
insulin replied at 15-7-2023 11:22 AM
Jap lagi keluar poster berjela-jela.
Innrukia replied at 15-7-2023 11:22 AM
standard depa terpaling bertatakelola
hang pa habaq? nak undi mana nnt?
insulin replied at 15-7-2023 11:30 AM
Tatakelola? Perkataan ni terlalu "corporate jargon". Pening dibuatnya.
Khabar baik. Tengah selid ...
Innrukia replied at 15-7-2023 11:32 AM
akak pun tgh duk aim gelombang mn nk follow.
posters pmx merata ceruk dah naik ni, kat area rumah ...
Innrukia replied at 15-7-2023 11:32 AM
akak pun tgh duk aim gelombang mn nk follow.
posters pmx merata ceruk dah naik ni, kat area rumah ...
Buritan replied at 15-7-2023 11:36 AM
Aku rasala pmx ni ok cumaaa pengikut menterinya haprakkk terutama sekali rapiji.. kalo tak aetuju ...
insulin replied at 15-7-2023 11:39 AM
Kalau gini, nampaknya sis akan undi pas ke?
Innrukia replied at 15-7-2023 11:41 AM
aku suka dia time memula kena angkat katil dulu. acah teraniaya gitu..
Tp makin lama, makin teruk ...
Innrukia replied at 15-7-2023 11:41 AM
aku suka dia time memula kena angkat katil dulu. acah teraniaya gitu..
Tp makin lama, makin teruk ...
Innrukia replied at 15-7-2023 11:32 AM
akak pun tgh duk aim gelombang mn nk follow.
posters pmx merata ceruk dah naik ni, kat area rumah ...
ADVERTISEMENT