LOS ANGELES, CALIFORNIA – Barisan pelakon menyertai penulis skrip untuk melancarkan mogok terbesar dalam industri hiburan di Hollywood sejak 60 tahun lalu. BBC melaporkan,Kesatuan sekerja Screen Actors Guild (SAG-AFTRA) yang mewakili pelakon, menuntut studio perfileman dan syarikat penstriman seperti Netflix membahagikan keuntungan secara lebih adil dan mewujudkan persekitaran kerja lebih baik
Kira-kira 160,000 pekerja televisyen dan perfileman bersepakat untuk tidak bekerja bermula tengah malam kelmarin sekali gus memulakan piket tersebut. Bintang ternama seperti Cillian Murphy, Matt Damon dan Emily Blunt nekad meninggalkan tayangan perdana filem Oppenheimer arahan Christopher Nolan di London ketika mogok bermula. Tindakan pelakon dan pekerja sokongan industri perfileman lain termasuk penulis skrip itu menyaksikan sebahagian besar produksi filem dan program televisyen di Amerika Syarikat (AS) terhenti.
Mogok SAG-AFTRA bermula pukul 8 malam (waktu tempatan) kelmarin. Tunjuk perasaan pula diadakan pagi semalam di luar ibu pejabat Netflix di California sebelum beralih ke Paramount, Warner Bros dan Disney. Kesatuan sekerja itu meminta jaminan bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) serta wajah dan suara janaan komputer tidak akan digunakan untuk menggantikan pelakon. SAG-AFTRA juga menuntut peraturan lebih ketat mengenai uji bakat yang dirakam sendiri. Mereka percaya kaedah tersebut tidak adil kerana pelakon perlu menanggung kos uji bakat. Menurut perintah mogok yang diterbitkan secara online oleh SAG-AFTRA, tindakan industri itu melibatkan mereka yang bekerja dalam bidang lakonan, nyanyian atau tarian, serta pelakon lagak ngeri dan pengendali boneka. Penghentian operasi itu juga melibatkan pelbagai sektor dan tugasan promosi. Pada Rabu lalu, SAG-AFTRA mengumumkan gagal mencapai persetujuan dengan studio-studio utama Hollywood, justeru pihaknya bersetuju sebulat suara mengesyorkan tindakan mogok. –CARI Sumber: Kosmo
|
Kesatuan sekerja itu meminta jaminan bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) serta wajah dan suara janaan komputer tidak akan digunakan untuk menggantikan pelakon.
Kitty_catz replied at 15-7-2023 05:39 PM
ok la holiwood mogok.. jgn kpop mogok lak.. kang meroyan acik2 army, blinks apa semer tu tak termasu ...
midori888 replied at 15-7-2023 06:29 PM
meols skrg suka layan Thai drama kat youtube....suka tgk dressing retis dlm drama2 Thai, very fash ...
batmana replied at 15-7-2023 06:05 PM
dorg paling risau yg ni..
satu hari nnti, pakai AI je buat filem..
Blessed_Servant replied at 17-7-2023 02:56 AM
Scary giler to imagine AI will take over semua job manusia one day. Silap2 control dunia mcm cerit ...
testly replied at 17-7-2023 04:26 AM
Robot mn ada akal. Robot tu pun manusia yg cipta, manusia pun x sempurna.
Kitty_catz replied at 15-7-2023 05:39 PM
ok la holiwood mogok.. jgn kpop mogok lak.. kang meroyan acik2 army, blinks apa semer tu tak termasu ...
chandrahusin replied at 17-7-2023 03:53 PM
Tengok Black Mirror kat Neflix
Scary psl AI ni
Apa pun AI ni reach to org2 tua miskin kepam tak? Ke ...
shernazz replied at 17-7-2023 05:20 PM
Jangan le
Iols baru tengok.episod 1.cite Korea Tajuk celebrity
shernazz replied at 17-7-2023 09:20 AM
Jangan le
Iols baru tengok.episod 1.cite Korea Tajuk celebrity
ADVERTISEMENT