CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Kecewa Terpaksa Tutup Kedai, Penduduk Sekeliling Marah Tak Tahan Bau Busuk Masakan Tauhu

15-7-2023 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 407| Komen: 2

ANDAR RAYA HO CHI MINH – Tak tahan bau busuk tauhu peram, beberapa warung makanan di Bandar Raya Ho Chi Minh ditutup selepas penduduk setempat membuat aduan. 

VNEXPRESS melaporkan, penjual tauhu di kompleks pangsapuri Tran Quoc Thao, La Phuc Khang berkata, warungnya dibuka awal Jun lalu dan penuh dengan pelanggan setiap hari. 


Bagaimanapun, penduduk di kompleks pangsapuri itu tidak begitu berminat dengan hidangannya.


Foto: VNexpress

“Selepas beberapa hari berniaga, saya terpaksa menutup kedai setiap satu hingga dua hari untuk menangani bau busuk kerana jiran-jiran mengadu mengenainya. 

“Saya memasang ruang pengudaraan berkapasiti tinggi dan juga menggunakan karbon teraktif untuk membuang bau tauhu apabila saya menggorengnya tetapi ia tidak pernah hilang sepenuhnya,” kata Khang.

Penduduk tempatan dikenali sebagai Van Khanh berkata, dia terpegun dengan bau tauhu yang diperam ketika dalam perjalanan ke China pada Mei lalu.


Katanya, tauhu peram di Vietnam kurang berbau busuk berbanding yang dijual di China.

Sesetengah vendor Vietnam berkata, mereka mengubahsuai resipi bagi memastikan baunya kurang ‘semerbak’ dalam versi tempatan. –-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 15-7-2023 10:45 AM
vietnam dieorg boleh mkn mknn cina2 tp kalu mknn kedai mamak dieorg xleh pi, mknn melayu boleh thn, tgk utube taip du lich malaysia mcm2 bideo vietnam mlancong ke mlysia keluar
Quote helicornia 15-7-2023 10:45 AM
Ni yg org panggil stinky tofu ni. Mmg busuk sgt katanya.tp still ramai minat.macam durian la agaknya yg tak suka cakap bau busuk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.085299 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top