CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Twitter Umum Kongsi Pendapatan Iklan Dengan Pencipta Kandungan

15-7-2023 09:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 136| Komen: 0

Washington: Twitter mengumumkan bahawa ia akan berkongsi pendapatan daripada iklan dengan pencipta kandungan, memperluaskan pengewangan semasa pada platform itu, lapor Sputnik.

"Kami sedang mengembangkan tawaran pengewangan pencipta kami untuk memasukkan perkongsian hasil iklan kepada pencipta kandungan. Ini bermakna pencipta boleh mendapat bahagian dalam hasil iklan bermula daripada balasan kepada hantaran mereka," menurut Twitter dalam satu kenyataan.


ELON Musk. FOTO Reuters

Untuk layak mendapat untuk perkongsian hasil iklan, pengguna perlu melanggan Twitter Blue atau Organisasi Disahkan, mempunyai sekurang-kurangnya lima juta impressions pada hantaran mereka dalam setiap tiga bulan lepas dan lulus "semakan manusia" untuk piawaian bagi pengewangan pencipta, kata platform itu.

Twitter menambah bahawa pencipta kandungan perlu mempunyai akaun Stripe untuk menerima pembayaran.


Pada April, Twitter mengumumkan pilihan untuk mengewangkan akaun yang membolehkan semua penggunanya memperoleh wang daripada hantaran mereka.

Pemilik syarikat, Elon Musk berkata, pengguna Twitter boleh mengewangkan kandungan mereka dengan membenarkan langganan kepada teks, gambar dan video mereka.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058987 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top