CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Curang, Isteri Cederakan Suami Hingga Kulit Alat Sulit Terkoyak

15-7-2023 09:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 230| Komen: 1

Seorang wanita dilaporkan mencederakan sebahagian kemaluan suaminya dengan cara merentap alat sulit lelaki tersebut ketika kedua-duanya bertengkar.

Suaminya yang berusia 45 tahun, dibawa ke hospital selepas 'kulit alat sulitnya terkoyak' semasa pertengkaran yang berlaku di kediaman mereka di perkampungan Portet-sur-Garonne dekat Toulouse, Perancis.



Pergaduhan tercetus sejurus selepas tengah malam pada 10 Julai lalu, ketika pasangan itu yang kedua-duanya mabuk, bertengkar mengenai si suami yang didakwa curang di sebuah parti pada malam sebelumnya.

Apabila ambulans tiba di lokasi kejadian, lelaki itu masih dalam keadaan sedar tetapi mengerang kesakitan.

Tidak diketahui sama ada wanita tersebut menggunakan pisau atau objek tajam lain dalam serangan berkenaan.

Dia ditahan selama dua hari oleh polis untuk siasatan lanjut.

Dilaporkan suaminya juga diletakkan dalam tahanan polis kerana disyaki melakukan keganasan terhadap wanita itu. 



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 15-7-2023 10:08 AM
habislah jadi bateri jam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.047733 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top