CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Roh Kanak-Kanak Yang Maut Di Lombong Hampir 200 Tahun Lalu Muncul Dalam Video ‘Live’ Pemburu Entiti Paranormal

15-7-2023 09:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 311| Komen: 0

Satu sosok lembaga yang menyerupai kanak-kanak berjaya dirakam di kawasan tragedi lombong Huskar Pit, South Yorkshire, England oleh pemburu entiti paranormal.

Imej tersebut, yang memaparkan sosok kanak-kanak perempuan dengan busana putih kelihatan sedang berdiri berhampiran memorial yang dibina bagi memperingati tragedi yang berlaku hampir 200 tahun lalu itu.



Menurut pemburu entiti paranormal, pasangan Linzi dan Lee Street, mereka melakukan rutin biasa apabila pergi ke lokasi iaitu merakam dan membuat siaran langsung.

Bagaimanapun, mereka hanya menyedari kamera 'menangkap'satu imej aneh apabila menontonnya semula di rumah.

"Ia kelihatan seperti seorang gadis kecil berdiri di sana... kami telah menangkap roh sebenar di sini," katanya.

Pasangan itu percaya, sosok tersebut adalah roh salah seorang daripada 26 kanak-kanak yang terkorban dalam tragedi banjir yang melanda lombong arang batu Huskar Pit pada 1838.


Memorial Huskar Pit dibina oleh penduduk tempatan pada 1988 untuk menandakan ulang tahun ke-160 tragedi tersebut. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046036 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top