CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan Maut Dalam Kecelakaan Lif Di Hospital Ketika Dipindahkan

14-7-2023 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 699| Komen: 2

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital di kawasan peranginan Mexico, Playa del Carmen awal minggu ini kerana denggi, meninggal dunia dalam kecelakaan lif ketika dipindahkan, lapor media tempatan, El País México yang dipetik Newsweek.


Pada hari kejadian lewat Isnin lalu, kakitangan hospital sedang memindahkan dia dengan katil hospital apabila lif dinaiki mereka tiba-tiba naik tanpa menutup pintu.


Gambar hiasan

Laporan awal menunjukkan ketika lif bergerak, katil kanak-kanak itu belum masuk sepenuhnya ke dalam lif.

"Kira-kira jam 10.30 malam, ketika memindahkan kanak-kanak itu, lif tidak berfungsi dengan baik," kata delegasi IMSS bagi negeri Quintana Roo, Dr Enrique Leobardo Urena.

Katanya, susulan insiden, kanak-kanak itu segera diberi rawatan kecemasan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.


Dalam kenyataan di Twitter, Ketua Pengarah IMSS, Zoe Robledo menyifatkan ia insiden malang yang berlaku di hospital.

"Sekali lagi kami seikhlas hati menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak ini. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan ia tidak akan berulang," katanya.

Menurutnya, IMMS sudah memulakan siasatan dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.

"Kami telus sepenuhnya dengan hasil siasatan dan keluarga mangsa akan terus menerima sokongan sepanjang proses ini," katanya.

IMSS ketika dihubungi Newsweek berkata, masalah lif itu sudah dilapor dan dibaiki oleh juruteknik daripada syarikat subkontraktor yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan.

Pejabat pendakwa raya membuka kertas siasatan terhadap insiden dan kakitangan hospital yang menemani pesakit kanak-kanak itu ketika kejadian berlaku sudah ditahan.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan memfailkan aduan di Kementerian Persekutuan Mexico.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 15-7-2023 12:17 AM
Ya Allah... Kesiannya budak tu...
Cemana lah perasaan maknya. Masuk hospital sbb denggi, lain plk pengakhiran nya
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:25 AM
kesiannya…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.120389 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top