CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Terdetik Rasa Ragu Tapi Isteri Teruskan Menumis Cendawan Sebab Cantik Gebu, Sudahnya 1 Keluarga Naik Ambulans

14-7-2023 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3461| Komen: 50

Malang nasib sebuah keluarga dikejarkan ke hospital gara-gara makan cendawan beracun yang ditumis.

Dalam perkongsian di TikTok @mas.ita, lebih kurang 10 kaki cendawan jenis Chlorophyllum Molybdites di tepi rumah mereka dipetik suaminya.


Walaupun pada awalnya terdetik di hati rasa ragu-ragu untuk makan cendawan yang tumbuh meliar, dia tetap meneruskan hasrat menggoreng cendawan tersebut sebagai hidangan mereka sekeluarga.


TikTok/mStar

Ketika cendawan itu dibersihkan, Mas berkata terdapat debu-debu spora (habuk halus) yang terkeluar.

Selain itu tiada seekor serangga pun dijumpai semasa Mas memotong batang cendawan berkenaan.

Tanpa berlengah Mas dilihat mula memasak cendawan liar itu dengan menumis bawang, cili dan halia.

Dalam video yang dikongsikan juga, Mas menjelaskan air didihan cendawan itu berubah warna kepada hijau pucat namun rasanya enak seperti masakan cendawan busut.




Menurut Mas lagi suaminya makan tumbuhan liar tersebut dalam kuantiti yang banyak menyebabkan dia mengalami muntah-muntah sehingga hampir pengsan.

Malah, Mas dan anaknya turut sakit akibat termakan cendawan tersebut walaupun dimakan dalam kuantiti yang sedikit.



Dalam video yang meraih lebih sejuta jumlah tontonan itu, dia sempat menitipkan pesanan agar orang ramai lebih cakna mengenai jenis-jenis cendawan yang tidak boleh dimakan kerana beracun.

Rata-rata netizen turut menyatakan pendapat dan tip mereka tentang cendawan liar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 14-7-2023 11:11 PM
Nasib baek tak merentas alam. Masih panjang umur
Quote Atata 14-7-2023 11:53 PM
Seramnya.. selera macam2 betul. Aku ni lahir kat bandar. Tak pernah makan cendawan busut ka cendawan sawit ka apa jadi takda langsung pernah craving terhadap apa2 jenis cendawan liar jd syukurlah. Makan cendawan yg ada jual kat market je mcm inoki, cendawan tiram, shitake, butang. Jd yg aku nak cakap ni... mkn yg normal2 je takleh ke.. takyah la layan sgt rasa teringin makan cendawan kutip2 ni aduiii. Nasib tak kojol
Quote Thunderclouds 14-7-2023 11:54 PM
Dh musykil,ko p masak & bg ank & laki makan jugak.
Mujur x jd mcm drama studio jaman purba suma muntah darah patu kojol.
Quote cmf_premierleag 14-7-2023 11:55 PM
Bodohnyaaa laaa isteri dia ni
Tu laa...kawen lg dgn bini bodoh kan..hah mendapatlah
Quote Thunderclouds 14-7-2023 11:58 PM
Sempat pulak tu wat bidio masak cendawan beracun bg family mkn
Quote hudalarva 15-7-2023 12:23 AM
suka betul org zaman now ni menularkan kebodohan... demi sesuap follower...
Quote Carcosa 15-7-2023 12:26 AM
Laki bodoh, bini tolol. Sesuai berjodohan. Yg kesian, si boy tu, dpt parents otak lembap.
Main petik, main masak, main cekik. Gila.
Cendawan jgn dibuat main. Mkn yg commercially packed je, bodoh. Kalau kau nak acah2 petani moden sekali pun, cendawan kau kecualikan dlm list kau.
Kalau semua cendawan kau nak try, nak melantak, kau pegi rumah Shaheizy Sam
Quote babyLON. 15-7-2023 12:31 AM
dulu masa kecik ada org tua² bgtau klau cendawan ni tumbuh di tempat tu maknanya ada anjing pernah kencing dkat situ
Quote Lily_Elizabeth_ 15-7-2023 12:40 AM
Thunderclouds replied at 14-7-2023 11:54 PM
Dh musykil,ko p masak & bg ank & laki makan jugak.
Mujur x jd mcm drama studio jaman purba suma munt ...

Nasinya Tumpah.

Pelakon dia Norlia Ghani masa muda.
Quote printercomel 15-7-2023 12:48 AM
Pebenda la laki kau cendawan busut pun tak kenal. Ni cendawan orang guna untuk ke bulan.
Quote opie5662 15-7-2023 12:53 AM
Boleh la suruh kebab cari cendawan ni... Kalau klorox takut tak mampu nk telan... Hahahaha
Quote September14 15-7-2023 12:59 AM
Ni cndawan lps hujan yg tumbuh kat padang tu kut.. sekilas pandang dah tau beracun
Quote OshinDaSolja 15-7-2023 01:08 AM
sbb tu iollz mmg tak suka cendawan sejak dri dlu lgi... ada yg kata sihat la apa la iollz tak cayer...
Quote allshares 15-7-2023 02:31 AM
I tgk insta omputih ade cendawan dah mcm steak. Mmg potong2 mcm daging tu. Menyelerakan. Bdway cendawan liar ni seram juga kan. Beli jela kat kedai yg org tanam tu kan tak was2. Cendawan sisir sedap buat  masak lomak.
Quote tikusmontok 15-7-2023 03:04 AM
cmf_premierleag replied at 14-7-2023 11:55 PM
Bodohnyaaa laaa isteri dia ni
Tu laa...kawen lg dgn bini bodoh kan..hah mendapatlah

Laki dia yg petik pastu melantak banyak tak bodoh ke?
Quote zuriey 15-7-2023 07:35 AM
Nak mkn beli je dkt pasaraya tak boleh ke
Quote alieyrina 15-7-2023 08:01 AM
Ni sbb nak berjimat cermat kah. Kulat kan ada yg beracun n x beracun. Gugel la dulu ka apa. Tt segala pandai lak guna
Quote noor2 15-7-2023 08:07 AM
Dapat laki bini bodoh mmg susah...
Quote darkness 15-7-2023 08:09 AM
Cendawan jenjs ni mmg beracun. Biasanya tumbuh atas najis lembu, kuda,kerbau

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055587 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top