CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertekan Kos Sara Hidup, Gemuk- Lelaki Di Seluruh Dunia Semakin Kurang Sperma

14-7-2023 08:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 338| Komen: 2

LONDON – Satu kajian mendapati 53 negara melaporkan penurunan antara 50 hingga 60 peratus dalam jumlah sperma lelaki khususnya di Amerika Utara, Eropah dan Australia.

Metro UK melaporkan, seorang pakar dari laman perubatan Superdrug Online Doctors, Dr. Babak Ashrafi berkata, terdapat faktor lain yang mendorong masalah kekurangan sperma walaupun kesuburan lelaki kebiasaannya merosot ketika berusia 40 hingga 45 tahun.


Foto: AF

“Kajian mendapati lelaki yang sering merasa tertekan lebih berisiko mengalami penurunan testosteron, jumlah sperma lebih rendah, pengeluaran sperma tidak normal dan penurunan motilitas sperma (fungsi yang membolehkan sperma bergerak).

“Banyak peristiwa semasa boleh meningkatkan terhadap tekanan seseorang individu termasuk peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Tambah Ashrafi, berat badan yang meningkat juga memainkan peranan.


“Mempunyai indeks jisim badan (BMI) tinggi adalah punca jumlah sperma rendah, serta penurunan kualiti dan pergerakan sperma,’ jelasnya.

Faktor seterusnya adalah pengambilan alkohol yang boleh menjejaskan tahap hormon dan menghalang fungsi testis lelaki. Ketagihan merokok juga menyebabkan jumlah air mani dan bilangan sperma lelaki menjadi lebih rendah.

Jelasnya, kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayuran juga memberi kesan kepada jumlah sperma, termasuk makan makanan segera dengan banyak.

Mobiliti lebih rendah juga menjadi punca masalah kesuburan lelaki.

‘Lelaki yang aktif menunjukkan tahap hormon dan pengeluaran sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang kurang aktif,’ jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-7-2023 09:51 AM
patutlah orang skrg ramai xda anak
Quote B40tastePosh 17-7-2023 10:10 AM
Memang lelaki sekarang ramai sissy, lemak lemak tu membuatkan diorg macam gugurl.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.085417 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top