CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DJ Radio Wanita Tergamam Tiba-Tiba Lelaki Ada Dalam Rumah- Rupanya Sudah 4 Kali Masuk Sembunyi, Buat Macam Apartment Sendiri!

14-7-2023 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1449| Komen: 11

Penyampai radio popular, Emely Poon mendedahkan pangsapurinya diceroboh seorang lelaki tidak dikenali sejak beberapa minggu lalu.

Emely yang sudah membuat laporan polis terhadap insiden tersebut berkongsi pengalaman pahitnya di Facebook.



Foto: mStar

"Ini adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan semuanya berlaku pada 9.30 pagi, 11 Julai lalu sebaik sahaja saya pulang dari penggambaran di Chiang Mai, Thailand.

"Sebaik sahaja masuk ke unit apartmen, saya mendapati lelaki muda ini berada di dapur, dan dia berpakaian t-shirt dan seluar pendek.

"Saya menyuruhnya keluar, dan di sini saya mengetahui bahawa dia telah menceroboh kediaman saya sebanyak empat kali," kata Emely yang menetap di Kajang, Selangor.

Dia juga sempat merakam video menggunakan telefon bimbit ketika bersemuka dengan lelaki tersebut.

Penyampai MyFM itu berkata, lelaki berkenaan sudah biasa dengan struktur apartmennya dan menggunakan tangga kecemasan kebakaran untuk memanjat ke balkoninya tanpa dikesan CCTV.


Apa yang mengejutkan, lelaki tersebut turut mengaku menceroboh kediamannya apabila dia sudah keluar bekerja pada awal pagi.

Dalam catatan berasingan di laman sosial tersebut, Emely turut berkongsi beberapa tangkapan skrin perbualan dengan jirannya.

Mereka memberitahu Emely bahawa pernah melihat lelaki itu beberapa kali namun menyangka dia adalah teman lelakinya.

Emely turut membuat aduan kepada pihak pengurusan kediaman dan menggesa agar mereka meningkatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak berulang.

"Saya hidup dalam ketakutan sekarang. Saya berdoa agar pihak pengurusan (kediaman) dan polis akan melakukan apa yang mereka perlu lakukan," katanya lagi.

Emely yang turut berkongsi tangkap layar laporan polis yang dibuatnya mendedahkan penceroboh berkenaan dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan tersebut.- CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 14-7-2023 09:51 PM
Ishhh yg thread lg satu blk bercuti ada mayat blkg dapo
Yg ni pun xkurang seramnya, ada squatter plak berangan buat mcm umah sdr
Dah la dok sorang
Quote antikorok 14-7-2023 10:09 PM
Senang bebeno buleh panjat apartment bertingkek-tingkek, tak jatuh gedebuk pulak matik katak gituhhh

Secret admirer atau creepy stalker nih?
Quote tumpanglalu74 14-7-2023 10:19 PM
Salah beksin ke ni BBNU sume dah jadi stalker?  Musti ade depe boh bahan experimen dalam tu..

@blastoff
@pengecat bintang
Quote harkktuih 14-7-2023 10:47 PM
Another kes org masuk dr balkoni.. Mcm baru2 ni rasa ada kes gak tetiba nampak outsider tetiba muncul kat balkoni..
Quote foukya46 15-7-2023 05:22 AM
meilleur méthode pour résoudre l'erreur l'intégrité de la mémoire est désactivée windows 11 en quelques clic.
Quote isseliparjepun 15-7-2023 10:56 AM
Macam cerita yang orang duk menumpang rumah orang lain tu je. Makan makanan orang tu, mandi berak semua kat rumah orang tu. Senang hidup.
Quote prettyuglybabe 15-7-2023 12:08 PM
ingat dok rumah tinggi boleh la buka tingkap buka pintu balkoni besar-besar..
rupanya tak selamat juga..
Quote kelapaparut 15-7-2023 12:11 PM
Edited by kelapaparut at 15-7-2023 12:13 PM

kire ok le tu, yg thread smlm sanggup pi stalk sampai ke london dkt 8 thn polis xbuat apo. mangse minah melayu dan c pervert jantan melayu muke hodoh gemok bonus dgn gambar kotte
Quote cmf_premierleag 15-7-2023 12:14 PM
Apa nk jadi dgn org2 zmn skang ni
Makin lama makin ramai org mental
Dr kes Acacia smpi ke kes Emely ni mmg dunia ni dah x selamat lg utk kaum perempuan.
Senang2 je ko bleh masuk n stay rumah org n buat mcm rumah sendiri
Quote mawardia 15-7-2023 12:39 PM
Tetibe teringat pengalaman I masa duduk apartment dlu. Pencuri panjat masuk rumah neighbour ikut balkoni tingkat 10, pastu terlepas dan berdebuk jatuh ke tingkat 2. Hancur berkecai. Yiihhhh ngeri yachh kalau dikenang.
Quote I.K.A888990 15-7-2023 03:08 PM
mmg berani mati la kau

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080864 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top