CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengemis Lumpuh Tiba-Tiba Boleh Berlari Bila Hujan Turun

14-7-2023 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 531| Komen: 3

JAKARTA – Tular video seorang pengemis yang berpura-pura bisu dan lumpuh ketika meminta sedekah di tepi jalan.

Detik melaporkan, pengemis bernama Agus Prasetyo, 53, itu menipu orang ramai di kawasan Pasar Kembang, Yogyakarta.


Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), Agus pada awalnya kelihatan berjalan normal sebelum ‘bekerja’.


Setibanya di lokasi mengemis, Agus segera duduk dan berpura-pura lumpuh. Dia menghulurkan bekas kosong kepada orang ramai supaya diberi wang.

Bukan sahaja berpura-pura lumpuh, orang ramai di sekitar kawasan itu mendakwa Agus juga berlakon bisu ketika mengemis.

Penipuan Agus akhirnya terbongkar. Apabila hujan turun, dia tiba-tiba sembuh daripada lumpuh dan segera berlari untuk berteduh.

Selepas hujan, dia segera kembali ke lokasi tersebut dan menunjukkan gaya yang menyedihkan.

Setelah rakaman itu tular, Polis Gedongtengen berjaya memberkas Agus. Lelaki itu diarahkan membuat kenyataan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan menipu orang ramai. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 14-7-2023 07:10 PM
Inilah yang dikatakan hujan rohmat Tuhan, air hujan sembuhkan sakit lumpuh. Allahu.
Quote Skuau 14-7-2023 07:27 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-7-2023 07:10 PM
Inilah yang dikatakan hujan rohmat Tuhan, air hujan sembuhkan sakit lumpuh. Allahu.

mbak...banyak amat nonton sinetron nya...
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:31 AM
ajaib sekali yaa hmmm

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.044036 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top