Penduduk sekitar resah dengan sekumpulamn monyet liar yang berkeliaran di kawasan perumahan Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Bukan sahaja sakan bergayut di atas tiang elektrik, bahkan haiwan itu juga bertindak di luar kawalan apabila mereka mula berani 'memecah' masuk rumah penduduk melalui pintu atau tingkap yang dibiarkan terbuka.
Kebimbangan itu turut dirasai oleh seorang penduduk, Azura Jamal, 57, yang menceritakan bahawa insiden monyet liar yang memasuki rumahnya kira-kira tiga minggu lalu masih terngiang-ngiang dalam ingatannya. Kongsinya, kejadian berlaku sekitar pukul 12 tengah hari ketika dia sedang memasak di dapur, sementara cucunya yang berumur empat tahun sedang bermain bersendirian di ruang tamu. Kejadian berkenaan disedarinya apabila terdengar cucu lelakinya tiba-tiba sahaja menangis. "Saya bergegas ke ruang tamu untuk melihat keadaan cucu, terkejut sungguh saya lepas tengok ada kira-kira dua ekor monyet sudah pun berada di dalam rumah.
"Selepas mengambil penyapu dan mengacah-acah haiwan tersebut, mereka kemudian keluar melalui tingkap yang terbuka sedikit. "Lebih menakutkan, ada dalam lima ekor lagi rakan mereka di pekarangan parkir kereta. Saya segera menutup semua tingkap untuk mengelakkan mereka masuk semula ke dalam rumah," katanya kepada Majoriti. Ujar suri rumah itu, dia bersyukur tidak ada barangan di rumahnya yang rosak, melainkan kasut baharu kepunyaan cucu sulungnya difahamkan berjaya dibawa lari oleh monyet berkenaan. Tambahnya lagi, semenjak kejadian itu, dia agak trauma untuk membuka pintu dan tingkap di rumahnya tanpa ada pengawasan. "Saya masih belum berani nak buka pintu atau tingkap sebab takut tiba-tiba mereka datang. Sudahlah datang pun mengejut. "Apabila tanya jiran-jiran, mereka juga mengadu monyet-monyet liar itu semakin berani berkeliaran di kawasan rumah mereka," katanya. —CARI Sumber: Majoriti
|
kakikuDibibirmu replied at 14-7-2023 07:05 PM
Universiti Kandang Monyet tersenyum sinis {:mlh ...
acikhan replied at 14-7-2023 08:40 PM
bertabah la ye...umah makpak haku ade time kera sampai berekor2 dtg balun telur ayam itik kat kebun ...
insulin replied at 14-7-2023 08:45 PM
Rumah makpak acik tak pasang pagar elektrik?
kakikuDibibirmu replied at 14-7-2023 07:05 PM
Universiti Kandang Monyet tersenyum sinis {:mlh ...
ninja boy replied at 14-7-2023 09:43 PM
Pisang bubuh jarum
ADVERTISEMENT