CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lelaki Kena Gasak Dengan Keluarga Perempuan, Pakai Rambut Palsu Sembunyi Kepala Botak

14-7-2023 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 887| Komen: 6

Sebuah majlis perkahwinan di Kampung Bajaura, Bihar, India kecoh selepas perbuatan pengantin lelaki menyembunyikan kepalanya yang botak akhirnya terbongkar.

Video mengenai insiden tersebut yang tular sejak Rabu itu memaparkan sekumpulan ahli keluarga pengantin perempuan mengerumuni dan menyerang lelaki berkenaan yang bertindak memakai rambut palsu semasa proses akad nikah.


Difahamkan, kebotakan lelaki tersebut turut tidak diketahui oleh pasangannya.



Perkara itu hanya disedari selepas ahli keluarga pengantin perempuan tersebut mula curiga dan bertindak menarik rambut palsu yang digunakan lelaki tersebut sehingga mendedahkan kebotakannya.

Dalam video tular itu, cubaan pengantin lelaki berkenaan yang berulang kali cuba memohon maaf gagal apabila dia dilihat terus digasak oleh ahli keluarga pengantin perempuan.



Difahamkan, perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua lelaki tersebut dan perkara itu turut tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga pasangannya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada perkahwinan itu diteruskan atau sebaliknya. — CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 14-7-2023 07:01 PM
psl botak pun berperang?

camnela  pmpn nk kawin... benda remeh pun berperang.
asal baik, bertanggungjwb sudah..


hahaha
Quote CatMiow 14-7-2023 07:06 PM
batmana replied at 14-7-2023 07:01 PM
psl botak pun berperang?

camnela  pmpn nk kawin... benda remeh pun berperang.

Ye la tu, cube pompuan pula masa kawin pergh cantik,dah kawin tamggal makeup kening ori sebaris nipis halus cam alien. Agak2 rasa tertipu tak?

Tapi tak leh nak cerai la, asal baik,pandai kaga rumahtangga ,ok la ek, jangan buat alasan kawin 1lagi.
Quote kakikuDibibirmu 14-7-2023 07:07 PM
Tun Siti Hasmah tersenyum sinis
Quote AbukRokok 15-7-2023 09:19 AM
kakikuDibibirmu replied at 14-7-2023 07:07 PM
Tun Siti Hasmah tersenyum sinis {:mlw ...


Quote rikiruj 15-7-2023 09:28 AM
Kat india pihak pompuan yg bayar dowry kan.. so memang ada hak la nak pastikan apa yg depa dapat tu berpatutan.. hu hu
Quote cle256 12-8-2023 06:34 PM
perempuan ni terima je laki dia botak, cuma nak elak pandangan buruk dari tetamu dan nak bagi segak masa photoshoot. perempuan pun bermakeup 3 kilo untuk tutup muka sebenar, ni pula botak. adoi

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.157179 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top