Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin atau Daiyan Trisha, 29, mengakui tugas melakonkan watak berkerjaya kolar putih bukan kerja mudah kerana menuntut kebijaksanaan dan kefahaman tinggi terhadap profesion berkenaan.
“Kena faham, penonton terdiri daripada mereka yang berlatar kerjaya berlainan. Ada antara mereka merupakan doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. “Pelakon tidak boleh dilihat ‘kurang cerdik’ dengan melakonkan watak kolar putih secara suka hati mengikut tahap kefahaman sendiri. “Ia melibatkan kaji selidik dan persediaan rapi. Contoh, saya pastikan saya faham profesion seorang doktor untuk mengelakkan saya menyampaikan maklumat yang salah dan bertentangan dengan dunia kedoktoran sebenar. “Selagi boleh, saya dan pasukan produksi akan elak kesilapan-kesilapan tersebut,” katanya. Daiyan yang menghidupkan watak seorang doktor, Izara menerusi drama bersiri adaptasi korea, W: Two Worlds ketika ditemui sewaktu sesi penggambaran drama terbitan Viu itu di Lapangan Terbang Lama, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi baru-baru ini berkata, dia juga tidak kisah dilabel sebagai platform over the top (OTT) kerana dia akui namanya juga menyerlah di platform tersebut.
Namun, pada masa sama, pelakon yang juga hos dan penyanyi ini menegaskan dia juga tidak menolak tawaran dari stesen televisyen (TV). “Saya bersyukur kerana ada rezeki di platform OTT. Bagi saya, platform tersebut, contohnya seperti Viu, bukan sahaja ada standard tersendiri malah menayangkan drama dengan jalan cerita yang berlainan dengan yang ditayangkan di stesen TV. “Tetapi, saya tetap meraikan apa sahaja tawaran lakonan termasuklah yang datang dari stesen TV. Malah, saya banyak berlakon dengan stesen TV, tetapi mungkin drama-drama OTT lakonan saya lebih menyerlah. “Bagi saya semua ini berbalik kepada soal rezeki. Saya merasakan diri cukup bertuah kerana drama OTT yang saya lakonkan, kebanyakannya menjadi,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 14-7-2023 03:49 PM
tapi kalau dah berlakon semestinya bakalan nampak bimbo jua nanti...
mesti time operation pun gigih ...
ADVERTISEMENT