CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 12

Pelakon Tak Boleh Nampak ‘Kurang Cerdik’ - Daiyan Trisha

[Copy link]
Post time 14-7-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin atau Daiyan Trisha, 29, mengakui tugas melakonkan watak berkerjaya kolar putih bukan kerja mudah kerana menuntut kebijaksanaan dan kefahaman tinggi terhadap profesion berkenaan.


“Kena faham, penonton terdiri daripada mereka yang berlatar kerjaya berlainan. Ada antara mereka merupakan doktor, peguam, jurutera dan sebagainya.




IG





“Pelakon tidak boleh dilihat ‘kurang cerdik’ dengan melakonkan watak kolar putih secara suka hati mengikut tahap kefahaman sendiri.


“Ia melibatkan kaji selidik dan persediaan rapi. Contoh, saya pastikan saya faham profesion seorang doktor untuk mengelakkan saya menyampaikan maklumat yang salah dan bertentangan dengan dunia kedoktoran sebenar.


“Selagi boleh, saya dan pasukan produksi akan elak kesilapan-kesilapan tersebut,” katanya.


Daiyan yang menghidupkan watak seorang doktor, Izara menerusi drama bersiri adaptasi korea, W: Two Worlds ketika ditemui sewaktu sesi penggambaran drama terbitan Viu itu di Lapangan Terbang Lama, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi baru-baru ini berkata, dia juga tidak kisah dilabel sebagai platform over the top (OTT) kerana dia akui namanya juga menyerlah di platform tersebut.


Namun, pada masa sama, pelakon yang juga hos dan penyanyi ini menegaskan dia juga tidak menolak tawaran dari stesen televisyen (TV).




IG




“Saya bersyukur kerana ada rezeki di platform OTT. Bagi saya, platform tersebut, contohnya seperti Viu, bukan sahaja ada standard tersendiri malah menayangkan drama dengan jalan cerita yang berlainan dengan yang ditayangkan di stesen TV.


“Tetapi, saya tetap meraikan apa sahaja tawaran lakonan termasuklah yang datang dari stesen TV. Malah, saya banyak berlakon dengan stesen TV, tetapi mungkin drama-drama OTT lakonan saya lebih menyerlah.


“Bagi saya semua ini berbalik kepada soal rezeki. Saya merasakan diri cukup bertuah kerana drama OTT yang saya lakonkan, kebanyakannya menjadi,” jelasnya.



Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
baiklah daiyan terpaling cerdik terpaling kaya terpaling hidung....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis kompang pasal watak siri ni. Mesti dia feeling Meredith Grey habis bila berlakon jadi doctor
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kena tengok dulu hasilnya kalini.

Sheols jadi lawyer pon tak nampak convincing sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ramai tak suka dia ni. Dia cantik la. Dan wangi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 03:49 PM | Show all posts
tapi kalau dah berlakon semestinya bakalan nampak bimbo jua nanti...

mesti time operation pun gigih ada babak bersembang sambil air liur masuk ke dalam perut badan patient... yihhh...

silap2 patient mati pun bersembang lagi...

gitulah babak2 scene drama korea ke india ke omputeh ke yang iols tengok...

babak tunjuk pandai ni takde lah acik2 heran sangat asalkan korang tak cucuk tiub masuk air garam tu kat dalam telinga sudah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana dia boleh jadi terpaling kaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 07:14 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 14-7-2023 03:49 PM
tapi kalau dah berlakon semestinya bakalan nampak bimbo jua nanti...

mesti time operation pun gigih ...

nak tunjuk cerdik kenalah bersembang2 sambil explain medical term.cut...bovie..suction..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik umur dia bukan dah 30s ke. Ni da jd mcm che ta ke umur reverse balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
belum dia ami asnaf kak nab semua hampir ke 30….
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni rezekinya bagus.. But xda satu pun produk die yg significant utk diingati.. Just leh ckp belek ig die mcm belek mjlh hi fasiun.. Ni sume geng2 lmk yg ig ala2 okai professional photographer gtiew.. Endorsement she olls not bad..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm re#n rahim. Statement smua mcm over konpiden, acah2 mcm terpaling internasional punya level glemer..pdhai klw p tny org sedekat2 obesi, aussie pun xkenal DT ni. Crnggitu la re#n rahim... xabis2 gebang dia nyampah dgn netizen. Alamak leceh btol...hahah.. DT lps repair tiang hidung trus yakin nk jdi doktor...nie klakar... aku ingt lg, kdrama tjuk Doctor. Yg tu best. Bkn perlu repair hidung je nk biat muvie medical ni. Kena letak dlm tu byk medical term.bru nk real.. stakat tinggikan batang idong, apa jaminan muvie/drama tu akn best?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini ke muka real dia?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.409337 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list