Mahkamah Majistret Selayang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap wanita warga emas kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan, minggu lepas.
Hukuman diputuskan selepas Saira Abdullah, 62, mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai lepas di hadapan Majistret Chai Guan Hock. "Tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan masa dan kos mahkamah. Dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Julai 2023," kata majistret itu. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Peguam Izleen Ismail dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Selangor yang mewakili Saira merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya, seorang mualaf kini dalam proses penceraian dengan suaminya selain mengalami kemurungan teruk serta menghidap penyakit darah tinggi. "Wanita ini sudah 32 tahun berumah tangga dengan suaminya. Bagaimanapun, tiga tahun lepas, dia mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain," kata peguam itu dan menambah anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin. "Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan dia amat menyesali perbuatannya," katanya. Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira kecederaan dialami mangsa kerana faktor kepentingan awam perlu mengatasi kepentingan peribadi tertuduh. Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kesan lecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan. Dalam prosiding sama, Saira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan Jemilah Sabda, 60, isteri kepada Inam pada tempat, waktu dan tarikh sama, juga mengikut seksyen yang sama. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept ini untuk sebutan semula kes. Sumber: BERNAMA |
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin.
"Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan dia amat menyesali perbuatannya," katanya.
tumpanglalu74 replied at 14-7-2023 02:46 PM
Makk aii.. udah si paku-pakis tu pulak kene tudoh nak ngorat dia. Watdehel..
tumpanglalu74 replied at 14-7-2023 02:46 PM
Makk aii.. udah si paku-pakis tu pulak kene tudoh nak ngorat dia. Watdehel..
salimrock replied at 14-7-2023 03:04 PM
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berka ...
allshares replied at 14-7-2023 02:50 PM
Inam ni mmg minat dgn nenek2 kot. Umo baru 30an tapi bini sendiri pun 60thn. Ngorat plak nenek 62t ...
emera replied at 14-7-2023 03:21 PM
Bukan minat. Terpaksa nikah pompuan tua kerepot sbb nk stay kat sini. Bukan dia je buat style gini ...
salimrock replied at 14-7-2023 03:04 PM
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi mangsa (Inam) yang mahu berka ...
ADVERTISEMENT