CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah Terkejut Penginapan Airbnb Rupanya Tandas Yang Disediakan Katil

14-7-2023 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1171| Komen: 10

Bilik yang ditempah menerusi perkhidmatan dalam talian, Airbnb di London rupa-rupanya sebuah tandas dengan katil di dalamnya.

Perkara itu mengejutkan pensyarah Universiti California, David Holtz yang berkongsi foto bilik penginapannya yang menunjukkan katil diletakkan di sebelah mangkuk tandas, pancuran mandian dan sinki.



Twitter

Holtz mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan bilik berkenaan apabila melihat penyenaraian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.

“Boleh bayangkan perasaan terkejut apabila anda tiba di bilik Airbnb anda dan menyedari bahawa keseluruhan ruang itu sebenarnya hanyalah bilik mandi yang besar di mana tuan rumah meletakkan katil di dalamnya,” tulis Holtz di laman Twitter.

Menurut Holtz, dia sudah membuat aduan dan beberapa kali bercakap dengan bahagian sokongan pelanggan namun pegawai di laman berkenaan seakan tidak berminat untuk membantunya menyelesaikan isu tersebut.


Ramai warga net yang melihat ciapan itu turut meluahkan rasa terkejut dan berjenaka di ruang komen melihat foto yang dikongsikan Holtz.

“Anda mempunyai semua yang diperlukan dalam jangkauan,” tulis seorang pengguna Twitter.



Aplikasi tempahan hotel Safara turut meninggalkan komen malah menawarkan Holtz penginapan satu malam di hotel secara percuma.

Airbnb ketika dihubungi New York Post memaklumkan pasukan perkhidmatan pelanggannya sedang menyiasat isu berkenaan dan menggalakkan pengguna menyemak semua foto, penerangan serta ulasan sebelum menempah penginapan.


Sumber: utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 14-7-2023 03:10 PM
adui ujud juga ye tempat cam ni...
Quote supernaturalee 14-7-2023 03:59 PM
mcm bilik2 oyo jek
cuma oyo proper la jgk sbb berdinding dgn toilet

Quote antikorok 14-7-2023 04:03 PM
Selagik voley buat duwet khennn, tempat sebesor kandang lumpor babisss pong nak utilize semaksima mungkin gaytoh!

Tapi, better la dudok airbnb dlm jamban yg tade gangguan daripada airbnb luas namatey tapi penoh kamera intip kat lampoo la, kat belakang jam la, kat penggera keselamatan la yg menyamor semata-mata tuan rumah fetish eksotik puaka nak rekod org berjimba atas katil. Yang tuh lagik puaka laknat jahanam serope iblis patot dihumban ke lobang neraka tingkat ke 100!!!!!!!
Quote kucingitam 14-7-2023 04:15 PM
ok lah.. senang gi bilik air...kalau sakit perut takyah stress nak kena ulang alik bilik tidur-toilet.
Quote midori888 14-7-2023 04:45 PM
antikorok replied at 14-7-2023 04:03 PM
Selagik voley buat duwet khennn, tempat sebesor kandang lumpor babisss pong nak utilize semaksima mu ...


hidden camera lah salah satu sebb meols tak minat stay airbnb
Quote ilacantik 14-7-2023 04:52 PM
Saya adalah org yg tak minat airbnb dan homestay. Pergi holiday utk healing, bukan untuk kemas bilik rumah org. Nanti tak kemas, dapat bad review pulak kan. Pernah guna Airbnb sekali masa kat istanbul, dah cukuplah tu, buat rasa.
Quote I.K.A888990 14-7-2023 05:26 PM
mmg aku tak boleh bernafas la duduk dlm tu haha
terasa mcm.sempit
Quote FOTHER-MUCKER 15-7-2023 07:38 AM
Tak jauh beza dengan tune hotel di KLIA tu.
Quote kelapaparut 15-7-2023 08:17 AM
nmpk elok jugak mcm ok je, nmpk mcm  concept industrial modern living style, kalu berak atas lantai pun xsalah sbb jamban kan hmmm
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:23 AM
adehhh ada jg tmpt mcm ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047577 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top