View: 1031|Reply: 10
|
Pensyarah Terkejut Penginapan Airbnb Rupanya Tandas Yang Disediakan Katil
[Copy link]
|
|
Bilik yang ditempah menerusi perkhidmatan dalam talian, Airbnb di London rupa-rupanya sebuah tandas dengan katil di dalamnya.
Perkara itu mengejutkan pensyarah Universiti California, David Holtz yang berkongsi foto bilik penginapannya yang menunjukkan katil diletakkan di sebelah mangkuk tandas, pancuran mandian dan sinki.
Twitter
Holtz mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan bilik berkenaan apabila melihat penyenaraian itu tidak mempunyai sebarang ulasan.
“Boleh bayangkan perasaan terkejut apabila anda tiba di bilik Airbnb anda dan menyedari bahawa keseluruhan ruang itu sebenarnya hanyalah bilik mandi yang besar di mana tuan rumah meletakkan katil di dalamnya,” tulis Holtz di laman Twitter.
Menurut Holtz, dia sudah membuat aduan dan beberapa kali bercakap dengan bahagian sokongan pelanggan namun pegawai di laman berkenaan seakan tidak berminat untuk membantunya menyelesaikan isu tersebut.
Ramai warga net yang melihat ciapan itu turut meluahkan rasa terkejut dan berjenaka di ruang komen melihat foto yang dikongsikan Holtz.
“Anda mempunyai semua yang diperlukan dalam jangkauan,” tulis seorang pengguna Twitter.
Aplikasi tempahan hotel Safara turut meninggalkan komen malah menawarkan Holtz penginapan satu malam di hotel secara percuma.
Airbnb ketika dihubungi New York Post memaklumkan pasukan perkhidmatan pelanggannya sedang menyiasat isu berkenaan dan menggalakkan pengguna menyemak semua foto, penerangan serta ulasan sebelum menempah penginapan.
Sumber: utusan |
|
|
|
|
|
|
|
adui ujud juga ye tempat cam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bilik2 oyo jek
cuma oyo proper la jgk sbb berdinding dgn toilet
|
|
|
|
|
|
|
|
Selagik voley buat duwet khennn, tempat sebesor kandang lumpor babisss pong nak utilize semaksima mungkin gaytoh!
Tapi, better la dudok airbnb dlm jamban yg tade gangguan daripada airbnb luas namatey tapi penoh kamera intip kat lampoo la, kat belakang jam la, kat penggera keselamatan la yg menyamor semata-mata tuan rumah fetish eksotik puaka nak rekod org berjimba atas katil. Yang tuh lagik puaka laknat jahanam serope iblis patot dihumban ke lobang neraka tingkat ke 100!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah.. senang gi bilik air...kalau sakit perut takyah stress nak kena ulang alik bilik tidur-toilet. |
|
|
|
|
|
|
|
hidden camera lah salah satu sebb meols tak minat stay airbnb
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya adalah org yg tak minat airbnb dan homestay. Pergi holiday utk healing, bukan untuk kemas bilik rumah org. Nanti tak kemas, dapat bad review pulak kan. Pernah guna Airbnb sekali masa kat istanbul, dah cukuplah tu, buat rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg aku tak boleh bernafas la duduk dlm tu haha
terasa mcm.sempit |
|
|
|
|
|
|
|
Tak jauh beza dengan tune hotel di KLIA tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk elok jugak mcm ok je, nmpk mcm concept industrial modern living style, kalu berak atas lantai pun xsalah sbb jamban kan hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
adehhh ada jg tmpt mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|