CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Harap Cikgu Ada Tangan Balas Pertanyaan Ni' - Penjaga Tiada Niat Biadab, Cuma Nak Guru Balas WhatsApp Je

14-7-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2314| Komen: 47

Etika berkomunikasi di grup WhatsApp kelas atau sekolah sering diabaikan segelintir pengguna terutama golongan penjaga.


Gambar hiasan


Terbaru, tular perbualan dalam grup WhatsApp kelas apabila seorang penjaga bersikap angkuh ketika bertanyakan soalan kepada seorang guru.

"Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya, buku tulisan BM1 dan BM2 tak ada kat anak saya. Cikgu ada ambil ke?

"Saya harap cikgu ada tangan nak balas pertanyaan saya ni," tulis penjaga berkenaan menerusi mesej yang dihantar pada waktu malam.




Apabila sikapnya ditegur penjaga lain, dia mempertahankan tindakannya dengan alasan setiap pertanyaannya sukar untuk dibalas guru kelas sebelum ini.

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik di Facebook, ibu bapa lain tampil mengingatkan supaya menjaga menjaga adab dalam grup WhatsApp.

Enggan terus bertikam lidah, penjaga berkenaan segera mengakhiri perbualannya namun sempat memberi amaran kepada guru kelas.

Sikap penjaga tersebut mendapat perhatian ramai termasuk guru yang juga aktivitis kebajikan masyarakat, Mohd Fadli Salleh yang turut terkejut dengan mesej berbaur sindiran itu.





Mohd Fadli bagaimanapun mengakui terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang sememangnya mempunyai sikap biadab sebegitu.

Dalam pada itu, dia turut memuji tindakan ibu bapa lain yang menyebelahi guru berkenaan dengan berani menegur penjaga terbabit kerana mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang terkejut dengan sikap biadab penjaga tersebut turut memberi pandangan.


SUmber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 14-7-2023 11:31 AM
"Biadap bukan satu jenayah"-Decaff
Quote pittjie 14-7-2023 11:35 AM
eeeiii dah la tulis tu cam budak rempit. ney ney kew kew. eja lain jadi laen. kalau aku jadi cikgu tu mmg tak kuasa nak jawab mak bapak rempit no education ni.
Quote sara_thrash 14-7-2023 11:36 AM
mmg ada sesetengah parent yang takde adab. dibuat cikgu mcm kuli dia dgn anak dia plak. prnh sekali si ibu call cikgu suruh tgk anak dia makan tak epal yg dia bekal kan..dah satu kerja plak cikgu pergi ke kantin cari anak dia.
Quote Suchi 14-7-2023 11:37 AM
Cikgu mmg sibuk kan? Tp maybe ibu bapa rasa cikgu tak sibuk bila ada cikgu lain byk masa wat content tiktok, tulis karangan acah2 influencer kat fb.

Iols tak berani nk tny mcm2 kat cikgu kelas anak iols tp mengharapkan cikgu2 subjek ni rajin la bitau hari apa patut bawak buku sekian2.
Sbb iols segan nk pm dorang takut dorang terganggu.
Quote dua_chzy 14-7-2023 11:37 AM
1. Memang ada cikgu tak nak balas wasap. Parents tanya dalam group pun dia buat bodoh. Udahnya parent (yang cepat kesian) pula yang menjawab. Ada 13 cikgu dalam group Whatsapp untuk setiap subjek, apa salahnya salah sorang tolong jawab? Ni aiol merempan pasal group kelas anak aiol la ni.

2. Ada juga parents yang annoying, balik2 bertanya. Kengkadang hal tu macam remeh temeh. Orang yang sama pula tu. Tapi bila aiol cuba empati, aiol ghasa parent tu jenis slow learner. Yang cikgu2 ni pula, bagi je la muka...Aku ingat lagi group tadika anak. Sorang mak budak tu selalu tanya2 soklan yang tak penting atau balik2 tanya pasal info yang cikgu2 dah bagitau. Mula2 aku tak faham aku rasa annoyed gila siap ngumpat dengan kawan. Rupanya bila sembang dengan mak aku yang kenal si ibu tu sebab ibu tu anak kawan dia, baru aku tau si ibu ni memang OKU lembam. Kesian pula aku.

Kalau aku tengok mesej di atas, cikgu BM tu pernah kot tak jawab mesej mak tu, tu yang dia sindir savage.
Quote dua_chzy 14-7-2023 11:39 AM
Oh ada rupanya mak tu bagitau cikgu jarang jawab mesej.

Ah padan la muka kau kena sindir.

Si Fadli cikgu terpaling tu beriya bekap dah kenapa?
Quote zuriey 14-7-2023 11:39 AM
Sebiji perangai cikgu kelas ank aku
Berminggu tak baca whatsapp aku
Bila baca dia tak bls pun
Group dia off komen
Whatsapp pun bukan hari2
Hal penting lah kita cari cikgu
Iye la kerjaya ko je terpaling bz
Asyik org nak fhm ko punya bz dan letih
Dah tu celah mana makpak ni nak buat pertanyaan
Cikgu sebelum2 ni ok je
Quote kucingitam 14-7-2023 11:42 AM
mak budak ni, kalau hal buku anak kau tu, kau direct je la tanya personal kat cikgu tu.. kalau hal2 general, boleh la tny kat whatsapps.. ni kadang kerja sekolah anak dah siap pun nak up kat group. kau dm je la kat cikgu tu...yiih..
Quote asfaz 14-7-2023 11:43 AM
Dia kata jarang cikgu nak balas. Dah kalau benda remeh,mmg la cikgu malas nak balas
Bukan la langsung cikgu tak pernah balas .

Quote asfaz 14-7-2023 11:44 AM
kucingitam replied at 14-7-2023 11:42 AM
mak budak ni, kalau hal buku anak kau tu, kau direct je la tanya personal kat cikgu tu.. kalau hal2  ...

lain la time pdpr kan. Maybe nak tunjuk kat parents lain ,cikgu tu jarang reply . Kot la ada yg nak bekap
Quote Thunderclouds 14-7-2023 11:45 AM
Hangin sgt la tu.
Tnya² xpenah nak jwp.
Mau xkluar angin kus² sarkastik mak budak ni.
Igt cikgu² ni semua beradab sgt ka?
Bila parent tnya krik² aje tu nampak la level adab cikgu gitu kt mana.
Quote TomyamPuteh 14-7-2023 11:47 AM
Disebabkan perangai parents sendiri la cikgu2 jd mcm tu. Adan uker kt parents.
Quote renko 14-7-2023 11:47 AM
ney ney ney
dah boleh tahu spesis anjing bbnu
Quote krustykrab 14-7-2023 11:47 AM
Masa anak² iols bersekolah dulu, prnh jgk tanya dlm group ws, tk jawab, so iols pun direct msg dia pun tk nk jawab. Bz sgt ke sampai tk nk jawab ya atau tak. Bukannya suruh check anak iols makan epal ke tak.
Kdg cikgu pun takde adab, elok la kena dgn parents tk de adab.
Quote Thunderclouds 14-7-2023 11:51 AM
dua_chzy replied at 14-7-2023 11:37 AM
1. Memang ada cikgu tak nak balas wasap. Parents tanya dalam group pun dia buat bodoh. Udahnya paren ...


Parent 1: Salam cikguu....esok sekolah pakai baju apa..?

2 jam kemudian...

Parent2: Wasalam. Sy tolong jawab ye. Masih pakai baju pj/sukan hari² mcm biasa.

Contoh soklan dlm grup kelas ank aku pas cuti raya haji br ni

Stress cikgu nk jwp menda yg sama
Quote _kelly 14-7-2023 11:55 AM
mengeja pun tak betul..mak pak bangsa tiktok ke apa
zaman kau sekolah dulu takde pun mak bapak sibuk kacau cikgu..buku hilang ke tinggal ke hadap la sorang2. mak bapak zaman skrg duk kepung anak dah macam apa je sampai budak jadi kurang ajar tapi lembik otak!
Quote dekmieDandy 14-7-2023 11:58 AM
nampak dia taip 'ney' tu dah tahu mesti rempit
Quote sufi^_^ 14-7-2023 12:05 PM
renko replied at 14-7-2023 03:47 AM
ney ney ney
dah boleh tahu spesis anjing bbnu

kew

laen

ckgu

ape


Quote dua_chzy 14-7-2023 12:06 PM
Thunderclouds replied at 14-7-2023 03:51 AM
Parent 1: Salam cikguu....esok sekolah pakai baju apa..?

2 jam kemudian...

Ala jawab je la. Aiols gigih ja menjawab. Memang kemgkadang ada mesej aiol terlepas pandang terutama PM. Tapi kalau tersadar ternampak mesej tu, aiols mintak mahap pehtu jawab bebaik.

Ok lagik parents tanya soklan berulang daripada parents yang tetiba marah cikgu sebab rotan anak dia. Har. Tapi setakat ni di group WhatsApp sekolah aiol or anak2 aiol belum jumpa parents begini. Kalau ada yang marah pun biasanya PM cikgu tu.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.099920 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top