CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Potong Zakar Sendiri Guna Pisau Dapur, Campak Dan Pam Dalam Tandas

14-7-2023 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 595| Komen: 4

NEW DELHI, India – Seorang lelaki di India memotong zakarnya sendiri menggunakan pisau dapur sebelum campak dan mengepam organ tersebut dalam mangkuk tandas.

MailOnline melaporkan, butiran kejadian ngeri itu dikongsi dalam sebuah jurnal perubatan.


Pakar-pakar bedah di India berkata, mangsa yang berusia  berusia 52 tahun didapati menghidap penyakit mental skizofrenia.

Foto: Shutterstock

Lelaki itu berhenti mengambil ubat dan  tidak hadir temu janji di hospital sehinggalah 16 jam selepas dia memotong zakarnya.

Pakar perubatan berkata,  lelaki dari Pune itu tidak berniat membunuh diri,  namun bertindak demikian selepas mendengar suara dalam kepalanya menyuruh dia memotong zakarnya atau berdepan akibat buruk.

Menulis dalam Open Journal of Clinical and Medical Case Reports,  doktor di Kolej Perubatan Bharati Vidyapeeth, Pune berkata,  lelaki itu perlu menjalani pembedahan untuk merawat  lukanya.


Selepas tujuh hari berada di hospital, lelaki itu dibenarkan pulang, manakala selepas 20 hari menjalani pembedahan, dia beransur sembuh, kata pakar-pakar perubatan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 14-7-2023 12:20 PM
byk org gile lately
Quote tumpanglalu74 14-7-2023 01:42 PM
Sajat kot..  Benci tengok kote memasing.
Quote noor2 14-7-2023 02:48 PM
Mental illness.....
Quote supernaturalee 14-7-2023 03:19 PM
benda serius x sampai hati plk nk taip mcm2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.030290 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top