CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beradik Rohingya Dicekup Cuba Sogok Polis RM200

14-7-2023 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 785| Komen: 14

Polis menahan dua beradik etnik Rohingya selepas cuba menyogok anggota polis dengan wang tunai sebanyak RM200 sebagai dorongan untuk melepaskan salah seorang daripada mereka yang melakukan kesalahan memandu kereta tanpa lesen kelmarin.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah mengesahkan sepasukan anggota polis yang menjalankan ronda cegah jenayah telah menahan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dipandu dalam keadaan mencurigakan di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah kira-kira pukul 6.40 petang.



Gambar hiasan


Menurutnya, pemeriksaan mendapati, dua lelaki etnik Rohingya berada di dalam kereta  sebelum polis meminta pemandunya menunjukkan lesen memandu.


“Pemandu kereta terbabit yang tidak mempunyai lesen memandu kemudiannya cuba menyogok anggota polis dengan menghulurkan wang tunai sebanyak RM100 sebagai duit kopi.


“Wang tersebut diberikan sebagai dorongan agar anggota polis tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Mohd. Haki memberitahu, rentetan daripada tangkapan itu, seorang lelaki etnik Rohingya datang ke Balai Polis Bukit Panau di sini kira-kira pukul 9.05 malam semalam sebelum bertanyakan mengenai adiknya yang ditahan oleh polis.


Menurutnya, anggota polis bertugas memaklumkan bahawa adiknya masih berada dalam kawalan polis untuk tindakan lanjut.


“Lelaki itu kemudiannya memberitahu polis ‘abang tak boleh tolong kah,saya mahu bayar RM300 kalau abang lepas adik saya’ sambil menghulurkan wang tunai RM100 kepada anggota bertugas.


“Sogokan tersebut dilakukan oleh suspek sebagai dorongan agar polis tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap adiknya,” ujarnya.


Menurut Mohd. Haki, dua beradik itu kini diberkas dan wang sogokan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan untuk tindakan lanjut. 



Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-7-2023 09:29 AM
Tu dia....rohingya dh bertapak kt ssjkp..mohon semua kat negeri lain masuk sskjp.
Byk pulak duit ko eh setan
Quote Thunderclouds 14-7-2023 09:40 AM
200 mmg la dia cekup.
Huluq 2k tgk.
Quote brego 14-7-2023 09:44 AM
dah biasa buat lettew
Quote vee_zara 14-7-2023 10:57 AM
Tak habis2 la ira n yasmin kazar ni. Opss ingat pompuan laki rupenye wahahahahkakakaka
Quote dua_chzy 14-7-2023 10:59 AM
vee_zara replied at 14-7-2023 02:57 AM
Tak habis2 la ira n yasmin kazar ni. Opss ingat pompuan laki rupenye wahahahahkakakaka

Astaga. Salah tered ni sis.
Quote Manjahati 14-7-2023 11:01 AM
Bermaharajalela betul puak ni..adakah gitu jer nilai polis kita dimata mereka..
Quote JohnDeSouza 14-7-2023 11:25 AM
alhamdulillah ada polis yg berintegriti
Quote Skuau 14-7-2023 11:35 AM
Edited by Skuau at 14-7-2023 11:36 AM

Seorang Isle yg lain cuba memberi rasuah kpd seorang isle yg lain.Syukur polis tak terima...Tolong jangan sampai bangsa dan agama anda 'diprobok'...oleh ' mereka' hanya kerna perbuatan sebahagian/segelintir drp kalian.
Quote Skuau 14-7-2023 11:38 AM
vee_zara replied at 14-7-2023 10:57 AM
Tak habis2 la ira n yasmin kazar ni. Opss ingat pompuan laki rupenye wahahahahkakakaka

cantik nama rohingya tu...wahahakakaka.....
Quote mdhelmi 14-7-2023 02:44 PM
dari 1 kesalahan
dah jadi 2 kesalahan
Quote nono86 14-7-2023 07:36 PM
Makin mrnjadi2 rakyat asing sekarang.. pemimpim yang ada sibuk berebut jawatan, last dah dapat jadik pemimpin, rakyat semua dah bertukar etnik/kaum
Quote FOTHER-MUCKER 15-7-2023 07:29 AM
Lagi 50 tahun rohingya akan jadi pm Malaysia.
Quote chiyoasuka 1-8-2023 04:24 AM
Berani2 puak ni ehh.
Quote JunkMail 1-8-2023 04:34 AM
Dah biasa buat lah tuuuuu... Sekali kali ni duit tak laku pulak. Sila deport diorang balik ke Cox bazaar... Menyemak je

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063766 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top