Sharifah Shahirah tersinggung dengan tohmahan dilemparkan tanpa usul periksa apabila dia berkongsi video bersama pegawai polis kontroversi iaitu Inspektor Sheila di laman Instagramnya. Shahirah atau Shiera, 49, turut meluahkan rasa bengang apabila terdapat individu menuduh stesen radio Suria FM berkenaan sengaja mengundang Sheila untuk sesi temu bual demi menaikkan rating.
"Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah fitnah kononnya kami nak naikkan rating. Dia datang sebab nak melawat dan melihat cara penyampai radio bertugas. "Saya muat naik di laman sosial saya, bukan akaun milik Suria FM," kata penyampai radio Suria FM itu. Shiera menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis. Sebelum itu, Shiera ada berkongsi kehadiran Sheila ke studio Suria FM yang berpakaian skirt pendek dan mereka dilihat berbual di dalam studio bersama seorang lagi penyampai stesen berkenaan, Tyzo. Shiera bagaimanapun telah memadam video tersebut. Dalam pada itu, penyampai segmen Suria Petang itu berhasrat mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung rakaman berkenaan. "Ada yang menulis kata-kata kesat dan saya terpaksa padam. Tapi sebelum itu saya sudah screen shot dan akan ambil tindakan. Geram hati saya. "Sebagai manusia kalau dia datang ke tempat kita walaupun pakai skirt pendek atau dia pernah buat silap, saya terima. Mungkin dia akan berubah," jelasnya. Dalam nada bergurau, Shiera berkata, akibat perkara itu dia berkemungkinan boleh digantung atau diberhentikan kerja kerana perkongsian tersebut. "Saya pula yang kena gantung kerja. Atau mungkin lepas ini berhenti jadi penyampai," jelasnya. Sumber: mStar
|
toet2meoww replied at 14-7-2023 12:08 PM
"Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah fitnah kononnya kami nak naikkan rating. Di ...
ADVERTISEMENT