View: 2247|Reply: 29
|
Sharifah Shahira Tersinggung Kena ‘Bantai’ Gara-gara Video Bersama Inspektor Sheila
[Copy link]
|
|
Sharifah Shahirah tersinggung dengan tohmahan dilemparkan tanpa usul periksa apabila dia berkongsi video bersama pegawai polis kontroversi iaitu Inspektor Sheila di laman Instagramnya.
Shahirah atau Shiera, 49, turut meluahkan rasa bengang apabila terdapat individu menuduh stesen radio Suria FM berkenaan sengaja mengundang Sheila untuk sesi temu bual demi menaikkan rating.
IG
"Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah fitnah kononnya kami nak naikkan rating. Dia datang sebab nak melawat dan melihat cara penyampai radio bertugas.
"Saya muat naik di laman sosial saya, bukan akaun milik Suria FM," kata penyampai radio Suria FM itu.
Shiera menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis.
Sebelum itu, Shiera ada berkongsi kehadiran Sheila ke studio Suria FM yang berpakaian skirt pendek dan mereka dilihat berbual di dalam studio bersama seorang lagi penyampai stesen berkenaan, Tyzo.
Shiera bagaimanapun telah memadam video tersebut.
Dalam pada itu, penyampai segmen Suria Petang itu berhasrat mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung rakaman berkenaan.
"Ada yang menulis kata-kata kesat dan saya terpaksa padam. Tapi sebelum itu saya sudah screen shot dan akan ambil tindakan. Geram hati saya.
"Sebagai manusia kalau dia datang ke tempat kita walaupun pakai skirt pendek atau dia pernah buat silap, saya terima. Mungkin dia akan berubah," jelasnya.
Dalam nada bergurau, Shiera berkata, akibat perkara itu dia berkemungkinan boleh digantung atau diberhentikan kerja kerana perkongsian tersebut.
"Saya pula yang kena gantung kerja. Atau mungkin lepas ini berhenti jadi penyampai," jelasnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun jenis segala benda nak upload kat IG, hari tu pasal anak sedara dia, tak pasal budak tu & kinah kena cyberbully..kan dah tak pasal suria kena bash sb dia jugak |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah nak tersinggung sangat
nk jd pengguna socmed kena hati kental, sendiri upload tanggung la kesannya |
|
|
|
|
|
|
|
Retis ni kan kalau tak menipu tak sah. |
|
|
|
|
|
|
|
simpan sikit kaka jgn banyak lebih2 sgt
nanti org bosan x suka
x semua org suka kita
jgn buka aib family juga x semua kelakar dan blh di public kan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paling pantang depan rezeki celupar....pot pet....
Sekian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong ler tulis pangkat tu betul2... ada beza sub-inspektor dgn inspektor |
|
|
|
|
|
|
|
bersama lagi dalam episod shiera nak tunjuk bodoh apa hari ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
makcik ni memang bodoh...maklum ler pemuja no.1 sibungkus |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga sgt tunjuk bodo, itu padahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Mencapub kerja dia. Semakin lama semakin nk perhatian netijen |
|
|
|
|
|
|
|
mmg suka upload dulu bru pk kemudian ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
"Suria FM tidak temu bual dia (Sheila). Anda semua telah fitnah kononnya kami nak naikkan rating. Dia datang sebab nak melawat dan melihat cara penyampai radio bertugas."
Haah, yela tuuuu. Dah kenape plak sampai nak p melawat radio? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak2 radio, radio Suria FM yg Sheila pilih ye nak lihat penyampai bertugas
Istimewa betul Suria FM |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 kalau netizens nak suka2 gi melawat studio suria fm boleh tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg boleh ke org2 biasa dtg melawat radio begitu.. serius tanya ni |
|
|
|
|
|
|
|
dulu suka jgk.. skrg ni makin teruk bodoh² alang dia. dh mcm buat2 plk |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lawatan sambil belajar sekolah, pahamlah. Ni takat sub inspector je buat lawatan.. Apakejadahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suria mmg penuh dgn DJ annoying ke? DJ Lin yg try hard bersuara romantik dan muda tapi dh tua. Tambah lagi si Sheera ni. Haishhhh btul la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|