CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Kantoi Kelentong Disamun Ketika Beli Petai Untuk Tuntut Insurans

13-7-2023 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 812| Komen: 3

Polis menahan seorang suri rumah selepas membuat laporan palsu kononnya diragut dua individu menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Abd Gani berkata, suspek sebelum itu membuat laporan polis jam 1.50 tengah hari kelmarin yang mendakwa diragut pada 12.45 tengah hari, hari sama.



Gambar hiasan

Katanya suspek mendakwa diragut ketika keluar daripada kereta untuk membeli petai di tepi Jalan Besar Juasseh - Batu Kikir sebelum beg tangan suspek diragut dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.

"Suspek mendakwa kehilangan mata wang tunai asing, barang kemas, telefon bimbit, kad ATM dan seutas jam tangan pintar.

"Anggaran kerugian didakwa suspek lebih kurang RM40,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Amran berkata, polis yang menjalankan siasatan kejadian mendapati kejadian samun itu tidak berlaku.


Katanya, siasatan mendapati suspek membuat laporan palsu bagi membuat tuntutan dari syarikat insurans pelancongan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat laporan polis yang palsu kerana boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hudalarva 13-7-2023 11:00 PM
40k nyah bawa di badan time keluar nak beli petai... mmg la suspicios la kekdahnya... nak menipu pun biarlah logik di akal
Quote sukacactus 13-7-2023 11:21 PM
Semoga kena betul2 dah ko meminta sgt kan
Quote jari10 14-7-2023 03:03 AM
Dia tgh g melancong ke? Atau beli petai nk bawak bekalan melancong

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.035659 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top